Pesan Untuk Nabilah

: : Bismillahirrahmanirrahim . . . Coretan istimewa untuk sahabatku : :


M A R I A M      N A B I L A H      B I N T I      S U L A I M A N




Aku tahu siapa dirimu
Aku tahu sikapmu
Aku tahu kisah hidupmu

TAPI TAK SEMUA

Kerana aku tak tahu perasaanmu 
dan apa yang bermain di fikiranmu

HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI & MEMAHAMI SETIAP HAMBA-NYA

************************************************************
Izinkan pika berkongsi cerita yang banyak memberikan kesedaran dalam hidup pika.

Catatan sejarah silam pika tak lah sempurna tapi sekurang-kurangnya ia membentuk kesempurnaan sedikit demi sedikit dalam kehidupan pika sekarang. Ya, pika tak nafikan hati lembut seorang wanita memang mudah bersimpati , lebih-lebih lagi nama pika ( Syafiqah ) bermaksud  penyayang. 

Pika pernah difitnah hanya kerana simpati yang pika lakukan. Hakikatnya , simpati pika bukan pada tempatnya ! Kasihan pika bukan pada yang sepatutnya ! Sedih sangat , Mariam . Padahal kita tak ada niat yang buruk, tapi manusia . . . mudah salah sangka.

Pika pernah ber 'angkat'  tapi Alhamdulillah pika belum pernah ber 'kepit'.  Saudara 'angkat' pika pun telah di'clash'kan pika sendiri.  Series. Susah sangat nak bagi orang faham apa yang kita faham. Kadang-kadang manusia ni tahu ianya salah . . . tapi tak mahu mengaku salah. Egois. Hakikatnya mungkin mereka tak dapat terima kenyataan atau mereka masih belum puas untuk bergembira atau mereka masih belum tahu. 

Niat pika untuk mengubah pendirian telah menimbulkan perbalahan. Orang kata kita buang tabiat. Masa tu pika kecewa sangat-sangat. Bukan sebab diri dibenci tapi sebab dia tak memahami. Tak faham hukum Tuhan. Syukur Allah masih sayang kita. Dia akan memberikan pertolongan kepada hamba-hambaNya. 

Baik niat kita, mudahlah urusannya. InsyaAllah semuanya akan terpelihara.
Kesimpulannya, pika tak dapat nak cerita secara detail dalam blog ni. Rasanya tak perlu. Pika sekadar ingin berkongsi masalah yang pika pernah hadapi dan mungkin apa yang Mariam sedang lalui.

* Gambatte yo, Mari - chan *

" Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa , apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan daripada syaitan, mereka ingat ( kepada ajaran Allah ) maka dengan itu mereka nampak ( jalan yang benar )." 
( Surah al-A'raf : Ayat ke 201 )

Mudah-mudahan kita boleh melawan nafsu dan bisikan daripada syaitan. Mariam, ingatlah Dia. Lalu hatimu akan menjadi tenang. Serulah Dia. Lalu perasaanmu akan menjadi senang. Setiap masalah kita, penyelesaiannya semua di tangan Allah. Maka mohonlah pertolongan serta petunjuk dari-Nya.


: :   UHIBBUKI FILLAH ABADAN ABADA   : :






Kehilangan Paling Besar !

:: Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum ::


Lama rasanya tak update blog ni. Setelah macam2 berlaku, antaranya Birthday ke 19, Maal Hijrah, Family Day, tak sempat nak masuk dalam blog. Mungkin lain kali. Maaflah sebab banyak perkara yang lebih penting untuk di'settle'kan. InsyaAllah kali ni , saya nak tulis-tulis tentang ' kehilangan yang terbesar '. 
Yang paling besar, yang manusia sangat perlukan. Tanpanya manusia hilang pedoman.
 Iaitu . . . nikmat yang Allah telah berikan kepada setiap hamba-Nya. Apa dia ?

NIKMAT IMAN & ISLAM

Tahu maksud Iman?
Percaya dan yakin. Berikrar dengan lidah , membenarkan dengan hati dan membuktikannya dengan beramal.
Ya, kita ada Rukun Islam sebagai panduan ibadah yang wajib yang asas dilaksanakan oleh umat Islam. Jika nak disenaraikan apa yang dituntut dalam Islam dan wajib diikuti oleh penganutnya, memang banyak. 

Klik sini nanti ye. 
Ini yang agak ringkas dan padat lah. 
Habiskan baca yang ni dulu. 

Rukun Iman pula menggariskan kepercayaan umat Islam terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah. 

Percaya kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah.
Percaya kepada para malaikat.
Percaya kepada Kitab-kitab.
Percaya kepada Rasul-rasulNya. 
Percaya kepada hari akhirat ( Kiamat )
Percaya kepada Qada' (Ketentuan) dan Qadar (Takdir)

HILANGNYA IMAN ADALAH SATU KEMUSNAHAN YANG BESAR


Alamak. Saya tak pandai lah nak berbahasa budaya bangsa ni. Tapi saya tetap nak pesan.
" Jangan jaga tepi kain orang ". Ha, faham tak? Maksudnya jaga , jangan selak !
Saya tak suka nak selak kain ( cari kesalahan ) orang. Tapi saya jaga ! Kalau 'terselak', saya nak tolong tutupkan. Menegur dalam hati tu selemah-lemah iman, kalau dengan tulisan? Hehe. (Ignore)

Sahabat-sahabat yang disayangi sekalian . . .

Tidak perlu resah andai kamu punya masalah
Tidak perlu gusar andai kamu hilang kuasa
Tidak perlu marah andai kamu dibenci
Tidak perlu merana andai kekasihmu lari
Tidak perlu risau andai kamu muflis
Tidak perlu sedih andai kamu bersendiri.
( Jangan sekali-kali kalian membenci Islam sehingga membuat keputusan untuk murtad )
 ' Naudzubillahi min tzalik '.

Kerana Allah ada setiap masa dan sentiasa bersama denganmu.
Dan Allah ingin menguji tahap keimanan hamba-hambaNya.

" Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya..." (AlBaqarah : 286)
" Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka Allah pasti akan memberinya kecukupan." (AlTalaq : 3)

TETAPI

Takutlah andai hati mu mati
Takutlah andai nikmat untukmu pergi.

" Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka datangnya daripada Allah dan apabila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada Allah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian daripada kamu mempersekutukanNya dengan yang lain. Biarlah mereka mengingkari nikmat yang Kami berikan kepada mereka, bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya). "

( Surah Al-Nahl : Ayat 53 - 55 )

Wallahu A'lam.
Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat mengubat luka @ masalah kalian.
Peringatan ini adalah untuk hamba-hamba Allah yang diksihi-Nya.

SMS Seorang Teman

1 2 : 3 3 a m
. . . Raudhah , pika x dapat tido lagi ni . . . maaf la menggangu .
mesti Raudhah dah tido , kan ? pika tengah menung ni .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
kenapa dengan pika . . ? e m m

Syafiqah & Raudhah

1 2 : 4 3 a m

Kau janganlah macam ni. 
Kita perempuan kena kuat . . .kita berdoa ye . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 
ingat Allah, ingat parents. they raised you up ,
 so you've be thankful to Allah
for making your life meaningful . . .

1 2 : 4 5 a m

Allahlah yang memegang hati itu. 
Andai hati itu terluka , ingatkan ia tentang Penyembuhnya agar Dia titipkan penawar bisa.
Andai hati itu kecewa , ingatkan ia tentang Pelindungnya agar Dia usirkan segala duka.
Andai hati itu terpalit dosa , ingatkan ia tentang Pengampunnya agar Dia bersihkan noda.

1 2 : 4 8 a m

' bisikku pada ALLAH yang SATU . . .
: :  ada doa yang dikirimkan : :

 : :   s y u k r a n     ya     raudhah   : :

Sepi Tanpa Dia

A k u    d a n   s e p i k u    
h a n y u t   b e r s a m a   m e n u n g k u
h i l a n g   s e l u r u h   r a s a k u
h a p u s   s e t i a p   d u k a k u

N a m u n   a k u  t a k   t a h u
a p a   y a n g    b e r l a k u
h a n y a   A L L A H   y a n g   M a h a M e n g e t a h u i


". . . dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu
dan boleh jadi kamu menyukai kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui (semua itu) 
sedang kamu tidak mengetahuinya. . ." 
( S u r a h   A l B a q a r a h : 2 1 6 )

White Tears - Cintaku Untuk Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Agung
...Yang Maha Mengetahui hati-hati HambaNya...

:: INI KISAH KITA ::

Sahabat, biarpun kita mencintai seseorang, angkatlah cintamu pada Penciptanya yang Agung.
Saat kita merindukan seseorang, kenanglah rindu Yang Maha Pengasih terhadapmu.
Jika kau menangis, biarlah air mata itu kerana Dia Yang Maha Pengampun.
Meski hati mu terluka, ingatlah...Allah ada bersamamu.

Cinta Allah mengubat kecewamu,
Kasih Allah menghapus resahmu,
Rindu Allah membahagiakan hidupmu.
Redha Allah menyelamatkan dirimu.



OST : RAPUH (OPICK)

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka
tangis dan tawa
tergores bagai lukisan.

Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku.

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu.

Maafkanlah bila hati 
tak sempurna mencintaiMu
dalam dada ku harap hanya 
DiriMu yang bertakhta...


10 Ubat Demam Nak Exam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih 
Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum, sahabat-sahabat...InsyaAllah kali ni saya akan buka topik " Demam Final Exam ". Waahhh...mesti ade yang tak senang duduk, tapi kan,  saya rilek je...(action) hmm...


Okay, macam biasa lah. Lepas study, ada exam. Nak exam, study lagi...aii penat kot. Tapi, menuntut ilmu ni sebenarnya takkan pernah habis. Jadi, istilah 'penat belajar' tu untuk ape? Kadang-kadang, masa tengah sibuk buat assignment tu, kerja rumah ni...mesti terdetik dalam hati kita, "Bila la nak habis silibus ni?"
" Cepatlah siap kerja ni...tiru je lah senang..."
" Settle je semua ni, rilek lah aku."

Waa....semua fikir nak enjoy je. Kan? Kan? Kan? Seolah-olah kita anggap belajar ni adalah satu keterpaksaan. Kalaulah ada orang tanya saya, belajar kerana terpaksa atau paksa untuk belajar? Saya nak jawab apa ya? Lebih kurang je dua-dua tu...huhu. Cuba bayangkan, anda teringin nak makan 'budu'...haha, contoh...anda mesti paksa diri jejak bumi Kelantan semata-mata nak cari budu yang original. Betol tak? hmm... Ok, Yang ni pulak, katakanlah anda dah lapar sangat2...tapi yang ada cuma 'budu'. Itu lagi.... Mestilah anda makan kerana terpaksa...kan? Nampak tak perbezaannya? Antara nak dengan tak nak. Antara paksa dengan terpaksa. Maka, terjawablah persoalan tentang sebab kita belajar tadi. Ha, faham tak? Belajar ni...nak ke..tak nak ke...kita KENA PAKSA DIRI UNTUK BELAJAR, larilah sampai hujung dunia pun, KITA TETAP TERPAKSA BELAJAR.


Hakikatnya, seluruh kehidupan kita adalah pelajaran.  Macam mana nak hidup kalau tak memahami dan menerima pelajaran dalam hidup kita? Sia-sialah macam tu...hmm...perasan tak, dalam diri setiap orang, ada kelebihan dan kekurangan, kelebihan itu adalah anugerah yang memang dikurniakan Allah, manakala kekurangan itu adalah ujian daripada Allah. Maha Suci Allah yang Adil terhadap hamba-hamba-Nya. Di sinilah jalan untuk kita saling mempelajari dan melengkapi. Jadi, jangan cakap ' Studying is Boring '. Tau? Ish...mesti ade yang geleng kepala tak mau setuju.

 :: Musim Pelajar Demam ::


Haa...naik juling bijik mata tengok buku. Kan? Kalau saya la, buka buku, mata pulak nak tutup. Eiii....ni semua gangguan anasir negatif daripada pelbagai pihak yang tersembunyi. Asyik-asyik tidur...nak yang baik sikit, 'tertidur'. Haha (tipu) ;) So, apa ubat demam ni? Ah, antibiotik ? paling utama (sebelum baca lagi...) jom betulkan niat, Belajar kerana Allah. Mudah-mudahan segala urusan pembelajaran kita dipermudahkan Allah.

1) Mind Setting. Phsyco nii...Of course! Situlah akal yang Allah kurniakan untuk manusia supaya menjadi pembimbing segala tindak-tanduk kita. Akal untuk berfikir. Fikirlah yang positif, tetapkan target yang tinggi, insyaAllah kesuluruhan tubuh akan bertindak mengikut arahan yang positif.

2) Cuci otak dan hati. Macam kasar je bunyi 'otak' tu. Err takpelah. Yang penting, kita kene tahu, dua organ inilah punca utama timbulnya masalah dan mendatangkan emosi. Jadi, gunakan kuasa kita untuk mengawal minda dan hati supaya sentiasa bersih dengan memperbanyakkan amalan rohani...iaitu selawat dan zikrullah. Anytime, anywhere kita boleh buat.

3) Muhasabah. Ha, muhasabah ni, macam perhitungan la. Kita ingat balik, selama ni kita belajar sungguh-sungguh ke...main-main? Ha, kadang-kadang berangan dalam kelas, kan? Balik je, nganga. Apa yang aku belajar tadi? Huh...memang menyesal la kot. Dengan cara muhasabah, kita akan sedar segala perilaku kita. Lagi satu, kena ingat amanat ibubapa kita. Mereka nak......sangat tengok anak-anak mereka menjadi ulama' ( orang yang berilmu dan beramal ). So, apa lagi? Cepat...kutip apa yang tercicir.


4) Buat jadual. Hehe...ni untuk siapa yang yakin dia boleh follow jadual la. Kalau buat je, tapi tak ikut, buat ape kan...huhu. Kalau nak buat, pastikan dalam jadual tu, ade subjek yang nak diulangkaji dan masa yang nak diperuntukkan. Alaa....tak payah lah susah2 letak macam ni, " Bahasa Arab, Petang jam 2-4." Hehe...confirm susah nak ikut...(bagi orang yang kurang disiplin macam saya la). So, buat macam ni je...Bahasa Arab 2 jam. Pastikan buatlah ye. Kalau tak, anda telah buang masa begitu sahaja ;)

5) Latih tubi. Dah buat latihan, ulang bertubi-tubi. Haa...Jom rajinkan diri jenguk balik soalan-soalan yang kita dah buat masa dalam kelas / kerja rumah yang cikgu/lecturer  bagi. Kalau malas sangat, perhatikan soalan tu pun jadi laa...huhu. InsyaAllah, kita akan terbiasa dengan bentuk soalan kalau rajin buat latihan. Bonus bila kita sangat-sangat faham apa yang kita ulangkaji tu. Automatically, nampak je soalan tu, " Aku tau dah..."

5) Nota kecik/ comel...ha yang ni saya suka. Daripada longgok buku-buku atas meja, atas katil....baik buat nota/peta minda je. Tapi jangan buang masa tulis nota yang senang2 (basic). Tulislah part yang susah nak faham atau payah nak ingat. InsyaAllah dengan usaha anda membawa nota ke mana sahaja, anda akan cepat faham ni ! Tips saya (last minute type person) : Gantikan istilah-istilah yang susah terutamanya perkataan bahasa arab kepada perkataan biasa yang anda reka dan faham. Tak faham? Ala...macam akronim kot..hehe


6) Jaga kesihatan anda. Tidur awal, makan ikut masa, kawal pemakanan, kawal pengambilan minuman kafein, makanan segera, amalkan minum madu, makan kurma dan kismis ( makanan sunnah )...Jaga emosi, banyakkan senaman pagi....ha, yang ni penting : Jangan tidur lepas subuh tau, sebab pagi-pagi lagi pintu rezeki dah dibuka... Jadi, ulangkaji/ menghafazlah pada waktu subuh dan teruskan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Hari yang indah bermula dengan pagi yang sempurna. ( Sangat menyesal bila buka mata, matahari dah tegak atas kepala !)

7) Jaga hubungan dengan Allah. Macam biasalah, sebagai muslim yang Beriman kita dituntut menyempurnakan perintah Allah. Jaga solat lima waktu, buat solat sunat, puasa sunat, ada ganjaran yang Allah bagi nanti. Semakin dekat kita dengan Allah, semakin mudah setiap urusan kita. Buatlah solat hajat dan jangan berhenti berdoa. Doa senjata kita. Saya percaya kita sama-sama pernah mengalami keajaiban doa kan?

8) Minta dan beri kemaafan. Satu cara motivasi daripada dalam hati. Perjalanan hidup kita jadi mudah tanpa permusuhan, iri hati dan dendam. Tak payah nak sakit kepala fikir masalah kita, masalah orang. Lebih baik fikir perkara yang mendatangkan kebaikan untuk semua orang. Sebelum tidur, maafkanlah semua orang...hati kita akan jadi lembut dan mudah menerima ilmu. Dan jangan lupa minta maaf pada ibubapa ye...minta doa daripada mereka. Dorongan dan semangat daripada mereka juga sumber kekuatan menghadapi peperiksaan. Yakinlah !


9)  Bersedia. Satu perkataan yang sarat seribu makna. Bersedia memerlukan persiapan dari segi mental dan fizikal. Selain tu, persediaan item-item yang terlibat secara tak langsung...buku...alat tulis...dll. Semua tu kene ada secepatnya. Tak nak lah esok exam, baru nak kelam-kabut cari tu, cari ni. Dah kelam, serabut pulak nak fikir masalah kecil tu. 

10) Doa dan tawakkal...doa supaya mendapat ketenangan dan beroleh kemampuan untuk menjawab semua soalan dengan mudah. Tawakkal setelah berusaha bersungguh-sungguh. Kalau tak usaha, nak buat macam mana? Alahai..."tawakkal jugak laa". Serahkan segala urusan kita pada Allah. Sekiranya tebal usaha kita, insyaAllah Allah akan balas setimpal dengan apa yang telah kita usahakan. 



Akhir kata, salam perjuangan...
Menuntut imu itu wajib, menunaikan yang wajib itu taat,
mentaati Allah itu adalah orang yang beriman
dan ciri-ciri orang beriman adalah mereka yang beroleh kejayaan.

P/S : Maaf sekiranya ada tersalah beri pandangan. Boleh kongsi lagi tips-tips anda yang lebih berkesan :)

Penantian Adalah Satu Ujian

Dengan Nama Allah
...Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang...

Harapan dalam Penantian

Penantian adalah satu ujian ,
tetapkanlah ku selalu dalam harapan,
kerana keimanan tak hanya diucapkan,
adalah ketabahan menghadapi cobaan,
Sabarkanlah ku menanti pasangan hati,
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini,
Di dalam asa diri menjemput berkahMu,tibalah izinMu atas harapan ini,
Robbi teguhkanlah ku di penantian ini,
Berikanlah cahaya terangmu selalu,
Robbi hanya padamu doaku ini,
Duhai tempat mengadu segala rasa diri.

Nasyid by : Seismic


::: A Little Thing Called Love :::
( maaflah bagi contoh cerita Thailand pulak )

Pimchanok Leuwisetpaiboon & Mario Maurer

Diam itu lebih bermakna
Simpan itu lebih berharga
Menantilah dengan sabar
Berharaplah dengan doa

Kekuatan itu ada pada keyakinan
tatkala kau diuji tahap kesabaran
Yakin kepada ALLAH adalah setinggi-tinggi kekuatan
Sabar dalam ujian adalah sebahagian daripada iman
******************





Duit Raya RM100,000 daripada Kotex !


:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Choose SAYS.my as your great campaign and get your rewards!

Siapa nak Duit Raya daripada Kotex? Terdapat RM100,000 untuk dimenangi! profile image
:: KEMPEN 2:: KEMPEN DUIT RAYA ! ::

SMS & Menangi "Duit Raya" daripada Kotex hari ini !
Jangan lepaskan peluang untuk berhari raya dengan RM 100,000 !!!
Lawati alamat di bawah untuk maklumat lanjut.
http://says.my/lidyatunnisa/duit-raya-kotex

Jangan lepaskan peluang ye. Cepat2 hantar penyertaan :)

Iftar Di Rumah Sahabat

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Penyayang

Assalamualaikum. Apa khabar? Puasa macam mane? 
Mesti semua sibuk2 memperbanyakkan amal dalam 10 malam terakhir ni.
Berebutlah saat-saat akhir bersama Ramadhan. Terase sangat2 sekejap...


Tarikh 12/8/2011 ( Jumaat )
Iftar di rumah Ahmad Khairuddin Bin Zahari
Telipot, Kota Bharu, Kelantan

Akhowat bersama-sama ayah, ibu dan kakak Khairuddin

Alhamdulillah, buat kali pertama iftar di rumah sahabat Majmuah 3 yang baru dikenali semester 3 ini. Mas'ul sendiri yang menjemput kami untuk berbuka puasa di teratak keluarganya. Kami selamat sampai ke rumahnya dengan 3 buah kereta pada jam 6:30 ptg...lebih kurang laa. 

Masuk je ke dalam rumah, akhowat terus menjenguk dapur untuk membantu ibu mas'ul menyediakan juadah berbuka (kecuali saya dan beberapa sahabat lain-atas sebab2 tertentu)...hehe...

Beberapa ahli majmuah lain turut memenuhi undangan sahabat mereka ni. Ada Mukhlis, Muaz, Abbas dan Fitri.  Seronok sangat la sebab keluarganya pun peramah...makan pun sedap2... Saya paling suka sup tulang... ke daging? hehe...pastu tempoyak...sedapla ! Alhamdulillah rezeki berbuka kami malam tu...

Macam biasa, lepas berbuka mestila solat ...kami akhowat naik ke tingkat atas untuk solat berjemaah. Lepas tu, ramai2 berjalan kaki ke Masjid Telipot untuk mengerjakan solat tarawih...Ramai sangat jemaah dalam masjid, agak berhimpit la...Akmal je yang terpaksa naik tingkat atas masjid sebab bawah dah penuh...

Balik dari tarawih, kami sempat minum2 dulu, makan buah durian...saya tak makan pun...Lepas tu, akhowat semangat nak SNAP gambar kenangan dengan ahli keluarga Mas'ul sebelum balik ke UMNP :)

Terima kasih, Mas'ul !

***************************
20/8/2011 (Sabtu)
Iftar di rumah Siti Nur Azami
Machang, Kelantan.

Hidangan enak dari keluarga Azami :)
Seterusnya, kami memenuhi undangan daripada sahabat Majmuah 3 lagi untuk berbuka bersama-sama keluarganya. Perjalanan ke Machang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Kami pergi berkonvoi dengan 5 buah kereta termasuk beberapa ikhwah majmuah 4 (lagii)...wah...macam ramai je kan? Best3...Saya, Fatin dan Jalilah pilih naik kereta dengan Hafizi (racer) dan Zaki. Saya suke sebenarnya bawak kereta laju2 ni...hehe...tapi tahap kelajuannya agak membahayakan laa...menyebabkan kami bertiga 'terbising'. Heee....

Sampai destinasi, segala juadah dah tersedia kat ruang tamu rumah mereka. Tapi, kami akhowat sempat jugak la tolong2 apa yang patut memandangkan waktu berbuka dah pun hampir... Alhamdulillah kami dapat berbuka dengan masakan yang sangat2 enak...ada sup daging lagi...ke tom yam? huhu...sambal udang,,sambal asam dengan pari bakar...sedap kan? Rezeki untuk orang2 yang berpuasa, mudah-mudahan diberkati Allah s.w.t.




Selesai makan, kami solat berjemaah di ruang tamu rumah berimamkan Zaki...Kemudian mereka bersiap-siap untuk ke Masjid bagi menunaikan solat Isyak dan tarawih.  Saya, Fatin dan Jalilah tak dapat ikut bersama mereka kerana.....ade urusan tertentu. Kami nak tolong basuh segala perkakas dan pinggan mangkuk yang tersadai kat lantai dapur. Tengoklah budak2 rajin dah siap basuh semuanya ! weeee.....



Dah siap basuh semuanya, kami pun dok lepak depan TV...(tuan rumah dah izinkan) hehe. Masuk je waktu isyak, kami solat berjemaah dan terus solat tarawih 8 rakaat sahaje... Lepas tu, sambung tengok rancangan 'Anda Ada 60 Saat' di Astro Ria... Riuh-rendahlah kami dok depan TV tu. Ish ish ish...macam rumah sendiri je. 

Tak lame lepas tu, mereka pon balik dari surau, macam kat rumah Mas'ul jugak. Sempat minum2 lagi...hilang dahaga. Azami pulak rajin buatkan kami Dadih Nata de Cocoa yang Special untuk kami. Hehe, sedaaappp...

Terima kAsih Azami ! Nanti nak datang lagi !

Raikan Aidilfitri Bersama Keluarga ERA !

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Choose SAYS.my as your great campaign and get your rewards!

Siapakah diantara penyampai ERA yang anda ingin jemput ke rumah anda?  profile image

:: KEMPEN 1 :: KEMPEN MERIAHNYA RAYA ! ::

Raikan Aidilfitri bersama keluarga ERA dalam Riuh Raya Erathon! Jemputlah mereka untuk memeriahkan suasana raya anda!
Lawati alamat di bawah untuk maklumat lanjut.
http://says.my/lidyatunnisa/era-fm-malay1

Jangan lepaskan peluang ye. Cepat2 isi borang :)

Andainya Dapat Ku Zahir Hasrat Hati

..::: Coretan Cerita :::.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengampun 
...Maha Berkuasa Memegang Hati-hati HambaNya...


Ya Allah...
Memang besar ujian-Mu terhadap hamba-Mu yang lemah ini
terasa berat untuk aku menghadapinya
namun... aku tak mungkin dapat lari daripada semua ini
Aku hanya mampu bertahan dan berpaut pada kasih-Mu

Seandainya aku sedang menyesali hidupku
bangkitkanlah aku dengan kuasa cinta-Mu 
kerana hanya Kau lah yang Maha Pengasih dan Penyayang
dan Kau lah yang selalu di samping ku...

Ya Allah...
Andai dapat ku zahirkan segala yang terpendam
akankah hilang perit semalam ?

Andai mampu aku ucapkan yang tersembunyi
adakah aku akan berhenti menangis ?

Andai telah aku lepaskan segala yang terbeban
dapatkah aku meraih kepuasan ?

Ya Allah...
Sungguh hamba-Mu ini sangat buntu
dengan setiap tindak ku
takut aku tersalah tafsir takdir-Mu

Ampunkanlah aku...Ya Allah
Aku tidak tahu apa yang sedang aku lakukan
jari-jemari ini seolah-olah melukis
sesuatu yang sedang bermain dalam fikiran
yang terkadang menimbulkan keresahan

Dan seolah-olah mahu melakarkan
sebuah lukisan hati yang terkilan...

Maafkan aku wahai insan
Aku mahu bersama-Nya sendirian.





Luasnya Pengampunan Allah

..:::Coretan Cerita:::...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun
Lagi Maha Mengasihani



Bulan Ramadhan adalah salah satu waktu yang Allah khususkan untuk pengampunan terhadap hamba-hambaNya. Di mana taubat dan rintihan mereka diterima Allah, bahkan Allah lebih suka apabila ada manusia yang mengadu dan berharap pada-Nya. Sedangkan pintu taubat itu tertutup saat nyawa di hujung kerongkong. Begitu panjangnya tempoh pengampunan yang Allah sediakan untuk kita, namun sayangnya kita cuma mempersia-siakan peluang yang amat berharga ini. Kasih Allah terhadap makhluknya melebihi segala perasaan kasih dalam kehidupan kita...Jika kita selalu berdoa meminta itu dan ini kepada Allah, mengapa kita tidak boleh penuhi permintaan-Nya pula? Allah sentiasa terbuka menerima taubat hamba-hambaNya. Allah sentiasa memerhatikan rutin kehidupan kita sama ada dimanfaatkan atau disalahgunakan. Setiap daripada kita berada dalam pemerhatian Allah. Sungguh, taubat adalah satu jalan keluar yang membawa kita menuju cahaya rahmat Allah Ta'ala. 

Cuba kita bayangkan, seorang Sultan menghulurkan tangan kepada rakyatnya. Pasti mereka berebut-rebut untuk menyambut tangan Sultan. Kerana apa? Ini kerana mereka punya rasa hormat yang tinggi dan patuh dengan perintah Sultan. Dan yang paling utama difikirkan adalah Sultan adalah yang tertinggi kuasanya di dalam negara. Mana mungkin rakyatnya melepaskan peluang untuk bertemu dengan Sultan dan beramah-mesra dengannya. 

Ayuhlah kita lakukan yang lebih baik daripada kenyataan di atas. Biarlah keinginan bertemu Allah itu membuak-buak sehingga menjadi RINDU. Jadikanlah rasa hormat kita itu sebagai TAQWA untuk membenteng diri daripada melakukan kemaksiatan. Suburkanlah rasa CINTA pada Allah sehingga kita tidak lupa untuk berkata-kata (doa/zikir) dengan-Nya. Semailah benih IMAN dengan ibadah dan kebajikan. Titiplah rasa SYUKUR dengan segala nikmat yang Allah hadiahkan kepada kita. 

Ketahuilah, " Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri." [ Surah Al-Baqarah : 22 ]


Saya juga mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian. Jujur saya beritahu, pasti timbul satu perasaan menyesal setelah melakukan dosa. Maka dengan segera kita akan menangis dan bermuhasabah kembali apa yang selama ini kita lakukan. Dan pada waktu itu, bersungguh-sungguh kita mahukan perubahan. Dan kita harap agar perubahan itu akan membimbing diri ke jalan kebaikan dan kesempurnaan. Tapi, sahabat-sahabatku sekalian, selalu yang terjadi adalah alpa. Ya Allah, macam manalah taubat kita itu hanya sementara? Kemudian, kita ulang lagi kesalahan yang sama...bukankah itu sama seperti kita menganggap pengampunan Allah itu suatu permainan dan boleh diminta sesuka hati pada bila-bila masa? 

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, 
bahawa Allah SWT berfirman :

"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Ku ampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang kepadamu dengan ampunan seluas bumi pula." 

( Riwayat al-Tarmizi dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah )



Sama-samalah kita berdoa : " Ya Allah, sesungguhnya hati-hati kami berbolak-balik. Maka atas taubat hamba-hambaMu ini, kami mohon rahmat Mu...tetapkanlah kami dalam perubahan kami. " Amiin


Ramadhan Menghilangkan Keresahan Hati

.:::Coretan Cerita:::..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Sebaik-baik Tuhan Pemberi Nikmat dan Rezeki



Waaa...Alhamdulillah, sempat juga kita bertemu Pertama Ramadhan tahun 1432H/2011M. Selesai solat tarawih di Musolla Akhowat (apium) ,,, saya duduk termenung kat dalam bilik. Eh, bukan berangan-angan tau. Cuma terfikir, " Daripada aku sibuk-sibuk dok fikir benda yang tak pasti, lebih baik aku buat benda yang pasti aku dapat ganjarannya..." Kan? Betul tak statement saya? Haa...sebenarnya assignment banyak lagi tak siap kot... Hehe, tapi rindu pulak nak jenguk blog kawan yang sorang nii.http://mustread-fatinz.blogspot.com/ Hah? Apahal la entri dia pasal PENANTIAN? Aduuh...ni yang bertambah-tambah resah gelisah hati saya nih. Dah.Fullstop! Best la entri dia. Terkesan setelah terkesima ! 



Betullah...Soal hati, soal cinta, soal nak clash ke, (eh,tiada kene mengena dengan saya ye :p)...berhentilah memikirkannya. Berhentilah menanti yang belum pasti. "FATIN !!! Kau dah bukak hati aku la !!!" Dah la lagu dia buat sedih je.huhu. Astaghfirullah....hati manusia apatah lagi remaja. Memanglah tak couple, tak contact, tak dating BUT semua tu seolah-olah berlaku dalam khayalan. Fitrah bertukar jadi parah. Tak Nak!


Mudah-mudahan kehadiran RAMADHAN kali ini akan menjadikan kita semua hamba yang bertambah amal ibadahnya, bertaqwa kepada Allah Ta'ala, umat yang sentiasa berakhlak mulia seperti Rasulullah s.a.w., insan yang semakin positif matlamat kehidupannya, anak yang sangat soleh dan solehah dan mukmin yang cemerlang. Wah! Susah ke? Daripada monyok kebosanan...murung kelaparan...masam muka je bila berjumpa, "tak larat kot"? Lebih baik tarbiyyah diri dengan didikan yang bermanfaat supaya kesannya berterusan sepanjang hayat kita. Kalau nak cantik, bukan main..."sapu krim 3 kali sehari, masker selepas make-up, bedak sejuk jangan lupe ye..." Nak kekal cantik la konon...

Bulan Ramadhan = 30 hari
Bukan bulan Ramadhan je....banyak lagi waktu yang Allah sediakan untuk kita beribadat kepadaNya. Bila? Bila-bila laa! Infinity Spaces ! Kalau siang busy sangat study, kerja, niaga, apa kata malam2 tu praktikkanlah Qiamullail. Bukan bangun online...[terase (T.T) ]... Jadi, muhasabahlah diri kita. 



1) Bagaimana dengan Ramadhan yang lalu? What've I done?
2) Syawal kita berlebih-lebihan tak? Mengalahkan orang yang benar2 menikmati ibadah puasa ke?
3) Banyak mana amalan kita sepanjang tahun?
4) Ramadhan tahun ni? Ada Checklist?
5) Target lepas Ramadhan? Muslim yang mempunyai kualiti tahap...?


Haa...Jom lah kita sama-sama berkerja keras menambah dan memperbaiki setiap amalan kita. Lupakan yang lain (Hal-hal yang boleh melupakan kita untuk takut kepada Allah) supaya kita tak menjadi orang-orang yang rugi. Ramadhan Menghilangkan Keresahan-Infinity Spaces-Oh ALLAH, help me please....



Semoga amalan-amalan kebaikan mahupun kebajikan kita diterima Allah s.w.t. 
Semoga ia dapat membersihkan hati kita daripada kekotoran yang dicemari perasaan hasad dan khayal.
Mengadulah kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui isi hati setiap hambaNya.


Selamat Menjalani Ibadah Puasa! Keep your heart clean & clear .

Mahabbah Sang Manusia : Memelihara Kesucian Hati

.:::Coretan Cerita:::..

Dengan Nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran...



" Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh daripada agamaku?
Aduhai pria...Adakah kau yang tercipta untukku?
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan 
Kerana jawapannya bukan di tangan mu
Tetapi di tangan Allah; Tuhanku dan Tuhanmu..."

Kasih sayang antara manusia adalah fitrah hati yang menjadi inti dalam kehidupan. Bermula dari kelahiran, bayi mendapat kasih sayang ibu bapanya sehinggalah dia menjadi dewasa mahupun di saat hembusan nafas terakhirnya. Begitu juga kasih sayang anak-anak terhadap ibubapa yang menjanjikan keredhaan Allah s.w.t. Setiap kejadian Allah itu adalah berpasang-pasangan. Hati lelaki dan wanita sering terpaut dengan perasaan yang sukar digambarkan apatah lagi diluahkan...Maka terjadilah perhubungan haram yang membawa kepada zina dan kelalaian. Demi membuktikan cinta, manusia sanggup meredah batas dan menggadai maruah. Sedarlah kita hanya hamba Allah yang hina. Tidakkah kita malu denganNya? Allah perintahkan ke atas kita untuk menurut segala perintahNya, menjauhi laranganNya, melarang kita menghampiri zina apatah lagi melakukannya. Murahnya harga diri kita tatkala meraih cinta manusia sedangkan cinta Allah kita abaikan.

Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, ambillah pengajaran bahawa mencintai yang berhak dan halal itu adalah kebahagiaan yang dipelihara oleh Pencinta Abadi kita iaitu Allah. Yakinlah pada janji Allah ! 



"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." [ Surah An-Nur: 26 ]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu
untuk menyedari hakikat perhubungan 
antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang....
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.
Peliharalah kesucian hati kita, dalam mahabbah sang manusia...

" Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan). Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas." [ Surah Ad-Dhuha:4,5]
Aku mendoakan kalian sentiasa.


BaLa tu diTurunkAn utk goLongan yG muNgkar ajE...

.:::Coretan Cerita:::..

07.07.2011
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Cik Aisyah dan Sis Shay

Assalamualaikum, semua :)
Cerita kali ini akan memberikan pengajaran untuk golongan yang pernah terkena BALA ni. Hehe. Entah kenapa saya terpanggil untuk pulang ke rumah dengan Cik Siti Aisyah dan Miss Raudhah. Padahal, saya bukannya 'HOMESICK'macam cik tuu...hehe. Tapi, Ibu dan Abah pun dah bagi line, so saya pun tempah la tiket 'flight' balik ke Kuala Lumpur.

Petang tu, dalam pukul 6:45 pm, perut ni berbunyi je...Lapar kot. Kami pun singgah la KFC. Beli yang murah murah je. Alas perut. Lepas tu, tengah makan2 tu...kami pun baru perasan dah pukul 7:00 pm! Dah lambat !!
Gate tutup pukul 7:15 pm pulak tu. Saya punye air 7UP tak sempat nak habiskan ::

Kaki pon jadi laa...

Sis Shay : Tak habislah air ni. Tinggal je lah kat sini.
Miss Adah : Eh, bawak masuk dalam je. Boleh munum nanti...
Sis Shay : Ish, boleh ke? Tak beranilah.
Miss Adah : Ko letak kat tepi bag, biar aku tolong 'cover'.

So, saya pun menurut kata Miss tersebut. Hehe, 'sorry' miss :) Masa kat 'gate boarding pass'... kami selamat bawa masuk air yang x sepatutnya dibawa begitu saja.haha..TAPI.... eheh. Cik masuk dulu dan jaga tempat saya dan Miss. 'Then' saya pulak masuk...(muka cover). Miss pulak belakang saya, TOLONG COVER la kan...nak tau apa jenis BALA yang kami dapat? Masa saya nak duduk (seat tengah), beg saya terlanggar 'seat Miss'!!! Maka, tumpahlah AIR DAN AISnya di atas tempat duduk Miss. Saya pun kena tempiasnya...kecuali Cik Siti Aisyah (aku tak masuk campur). Haaaaa....nampak tak? Tak faham??? Inilah akibatnya membawa masuk minuman dari luar :

~ Konon nak minum dalam kpL tErbang...
~ Konon nak sorok-sorok. Siap tolong cover lagi.haha

Apa yang kami dapat? NOTHING laa...bertambah masalah ada laa... Akhir cerita, Miss Adah : ( Tanya pramugari ) Err...cik, ada kain buruk tak? Dengan muka berkerutnya, pramugari tu jawab : Saya ada tisu sahaja. ( Dia pon tolong bersihkan ) Kantoi kan? Lalalala. Pesanan ikhlas daripada kami, JANGAN LANGGAR PERATURAN!


Samalah ertinya kita SEBAGAI HAMBA, 
TAATILAH PERINTAH ALLAH & JAUHILAH LARANGAN-NYA. InsyaAllah tiada BALA  =D

Tutup Aurat Kerana Apa?

.::: Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih & Maha Penyayang :::.


Suatu hari, seorang gadis keluar rumah untuk menyidai pakaiannya. Dia meninjau ke luar rumah dan terus keluar tanpa memakai tudung. Lalu ibunya terlihat anak gadisnya tidak bertudung di luar rumah.


Ibu    : Kenapa kamu keluar tanpa memakai tudung?


Gadis: Kerana tiada sesiapa di luar ini. Pagi-pagi begini mana ada orang.


Ibu    : Oh, jadi kamu memakai tudung hanya ketika ada orang lelaki. Jika tiada, kamu bebas?


Gadis: Tetapi ibu, tindakan saya ini betul. Apa salahnya saya keluar begini dalam situasi seperti ini...


Ibu   : Kamu tutup aurat kerana apa? Kerana Allah atau adanya lelaki?


Seketika kemudian, si gadis berjalan masuk ke rumah.

Gadis: Menutup aurat adalah tuntutan agama Islam untuk memelihara maruah dan mengelakkan fitnah. Ia juga adalah perintah daripada Allah s.w.t. Allah memerintahkan wanita supaya menjaga auratnya daripada pandangan lelaki ajnabi. Bukan semata-mata menutup aurat tanpa sebab. Jadi, tidak salah sekiranya saya menutup aurat kerana tidak mahu dilihat oleh lelaki ajnabi...atas dasar perintah daripada Allah s.w.t.


**********


Apa yang dapat kita perhatikan dalam cerita ini?
Suatu hujah yang ringkas dan tepat tentang sebab keperluan menutup dan memelihara aurat kita. Berikut adalah garis had menutup aurat.


Bagi lelaki:
 - Hendaklah menutup auratnya daripada pusat hingga lutut.
 - Pakaian tidak menyerupai pakaian wanita.
 - Pakaian tidak terlalu ketat dan nipis sehingga menampakkan bentuk aurat.
- Tidak memakai baju / seluar pendek (depan khalayak ramai) yang boleh menampakkan aurat.





Bagi wanita
- Hendaklah menutup keseluruhan tubuh badannya KECUALI muka dan kedua tapak tangan.
- Melabuhkan tudung menutupi dada dan tidak menampakkan tengkuk.
- Baju yang menutupi pergelangan tangan (boleh pakai handsock/kancing baju)
- Pakaian longgar, labuh dan tidak jarang/nipis.
 - Pakaian tidak menyerupai pakaian lelaki.
 - Memakai stokin kaki.




Selain menutup aurat, wanita juga diekhendaki menjaga perhiasannya daripada diketahui orang ramai (di luar).
Di bawah ini saya sertakanbeberapa  firman Allah s.w.t dan hadis Rasulullah s..a.w.


1) "...dan janganlah kamu *bertabarruj seperti tabarujjnya orang-orang jahiliyyah terdahulu" (Al-ahzab : 23)


2) Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda: 
'Siapa pun wanita yang memakai wangi-wangian,
 lalu mereka melalui kaum lelaki agar mendapat baunya,
    maka dia adalah penzina'. (HR An-Nasai, Abu Daud dan At-Termizi)

3) Daripada Ibnu Mas'ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w: ' Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuatkan tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah'. (HR Bukhari dan Muslim)

4) "Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
     ( An-Nur : 31 )


* Tabarruj bermaksud apabila wanita tidak menyembunyikan kecantikan wajah dan bentuk tubuhnya serta dia beranggapan baik untuk dipamerkan dengan tujuan menimbulkan ghairah nafsu kaum lelaki.


  Bagaimanapun, ia dibenarkan kepada para isteri untuk berbuat demikian di hadapan suami masing-masing.


Itulah sedikit perkongsian yang dapat saya sampaikan tentang fokus tajuk kali ini.
Teringat kata-kata sahabat saya yang dia ambil daripada Darul Nu'man,
" Andainya berlian dan intan dibungkus rapi serta disimpan dalam peti berkunci, 
  maruah seorang wanita apatah lagi..." 

Semoga kita semua mendapat manfaat dengan ilmu yang dipelajari dan istiqamah untuk mengamalkannya. Mudah-mudahan kita mendapat limpah nikmat dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala :)

KL International Book Fair 2011

Assalamualaikum, pembaca sekalian...
Iman sihat? Ha...buat kawan-kawan yang sedang cuti semester, apa kata minggu ni kita singgah PWTC ?



22 April - 01 Mei 2011
Tarikh sepanjang Pesta Buku Antarabangsa kali ke ke-30 ini diadakan di Putra World Trade Centre, KL.
Selain daripada jualan buku-buku daripada pelbagai terbitan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia turut menjalankan :

- Forum
- Perbincangan tentang tajuk-tajuk buku yang menarik
- Seminar Penulisan
- Pelancaran buku terbitan baru
- Sesi Autograf Penulis

...dan banyak lagi. Jomlah kita ramai-ramai memeriahkan suasana bersama-sama keluarga, saudara-mara, sahabat-handai, jiran-tetangga. Membaca itukan amalan yang mulia.




Untuk keterangan lanjut tentang KLIBF 2011, anda bolehlah lawati :
http://www.klibf.com.my/src/index.php