:: Bismillahirrahmanirrahim ::
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Penyayang
Assalamualaikum. Apa khabar? Puasa macam mane?
Mesti semua sibuk2 memperbanyakkan amal dalam 10 malam terakhir ni.
Berebutlah saat-saat akhir bersama Ramadhan. Terase sangat2 sekejap...
Tarikh 12/8/2011 ( Jumaat )
Iftar di rumah Ahmad Khairuddin Bin Zahari
Telipot, Kota Bharu, Kelantan
Akhowat bersama-sama ayah, ibu dan kakak Khairuddin |
Alhamdulillah, buat kali pertama iftar di rumah sahabat Majmuah 3 yang baru dikenali semester 3 ini. Mas'ul sendiri yang menjemput kami untuk berbuka puasa di teratak keluarganya. Kami selamat sampai ke rumahnya dengan 3 buah kereta pada jam 6:30 ptg...lebih kurang laa.
Masuk je ke dalam rumah, akhowat terus menjenguk dapur untuk membantu ibu mas'ul menyediakan juadah berbuka (kecuali saya dan beberapa sahabat lain-atas sebab2 tertentu)...hehe...
Beberapa ahli majmuah lain turut memenuhi undangan sahabat mereka ni. Ada Mukhlis, Muaz, Abbas dan Fitri. Seronok sangat la sebab keluarganya pun peramah...makan pun sedap2... Saya paling suka sup tulang... ke daging? hehe...pastu tempoyak...sedapla ! Alhamdulillah rezeki berbuka kami malam tu...
Macam biasa, lepas berbuka mestila solat ...kami akhowat naik ke tingkat atas untuk solat berjemaah. Lepas tu, ramai2 berjalan kaki ke Masjid Telipot untuk mengerjakan solat tarawih...Ramai sangat jemaah dalam masjid, agak berhimpit la...Akmal je yang terpaksa naik tingkat atas masjid sebab bawah dah penuh...
Balik dari tarawih, kami sempat minum2 dulu, makan buah durian...saya tak makan pun...Lepas tu, akhowat semangat nak SNAP gambar kenangan dengan ahli keluarga Mas'ul sebelum balik ke UMNP :)
Terima kasih, Mas'ul !
***************************
20/8/2011 (Sabtu)
Iftar di rumah Siti Nur Azami
Machang, Kelantan.
Hidangan enak dari keluarga Azami :) |
Seterusnya, kami memenuhi undangan daripada sahabat Majmuah 3 lagi untuk berbuka bersama-sama keluarganya. Perjalanan ke Machang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Kami pergi berkonvoi dengan 5 buah kereta termasuk beberapa ikhwah majmuah 4 (lagii)...wah...macam ramai je kan? Best3...Saya, Fatin dan Jalilah pilih naik kereta dengan Hafizi (racer) dan Zaki. Saya suke sebenarnya bawak kereta laju2 ni...hehe...tapi tahap kelajuannya agak membahayakan laa...menyebabkan kami bertiga 'terbising'. Heee....
Sampai destinasi, segala juadah dah tersedia kat ruang tamu rumah mereka. Tapi, kami akhowat sempat jugak la tolong2 apa yang patut memandangkan waktu berbuka dah pun hampir... Alhamdulillah kami dapat berbuka dengan masakan yang sangat2 enak...ada sup daging lagi...ke tom yam? huhu...sambal udang,,sambal asam dengan pari bakar...sedap kan? Rezeki untuk orang2 yang berpuasa, mudah-mudahan diberkati Allah s.w.t.
Selesai makan, kami solat berjemaah di ruang tamu rumah berimamkan Zaki...Kemudian mereka bersiap-siap untuk ke Masjid bagi menunaikan solat Isyak dan tarawih. Saya, Fatin dan Jalilah tak dapat ikut bersama mereka kerana.....ade urusan tertentu. Kami nak tolong basuh segala perkakas dan pinggan mangkuk yang tersadai kat lantai dapur. Tengoklah budak2 rajin dah siap basuh semuanya ! weeee.....
Dah siap basuh semuanya, kami pun dok lepak depan TV...(tuan rumah dah izinkan) hehe. Masuk je waktu isyak, kami solat berjemaah dan terus solat tarawih 8 rakaat sahaje... Lepas tu, sambung tengok rancangan 'Anda Ada 60 Saat' di Astro Ria... Riuh-rendahlah kami dok depan TV tu. Ish ish ish...macam rumah sendiri je.
Tak lame lepas tu, mereka pon balik dari surau, macam kat rumah Mas'ul jugak. Sempat minum2 lagi...hilang dahaga. Azami pulak rajin buatkan kami Dadih Nata de Cocoa yang Special untuk kami. Hehe, sedaaappp...
Terima kAsih Azami ! Nanti nak datang lagi !
2 comments:
ouh,, pka ada blog.. baru tahu.. :) cantek blog!! BERBEZA dgn blog seha.. BURUKKKKKKK!! btw,,mula2 seha pon ingt tomyam/sup daging.. pastu, tanya mie,, nape tak pedas cam tomyam?? dye kata.. itu bukan tomyam la.. itu singgang.. singgang kelantan maa~~
haha.Seha,blog ni mule2 saje je buat...xde ape sgt pon. Oh, singgang klate rupenye...patutlah mcm xkenal je, tp makan pandaii...hehe.
Post a Comment