Entri Ramadhan

Alhamdulillah sempat lagi nak buat entri bulan Ramadhan walaupun lagi berapa hari nak raya. Sepanjang Ramadhan ni saya banyak membuat persiapan untuk kemasukan ijazah, melawat sahabat lama, tolong ibu buat biskut raya, dan insyaAllah mudah-mudahan amalan saya yang tak seberapa ni diterima Allah.

Tak banyak kisah yang nak dikongsikan dalam bulan puasa kali ni. Mungkin saya sibuk dengan memperbaiki diri yang lemah dan selalu memikirkan banyak perkara yang belum selesai. Memang tak lalu nak online selalu dan bergosip berlebihan, hehe. 10 malam terakhir kali ini tak seperti tahun lalu. Sebab tahun lalu saya beruntung dapat puasa penuh. Tapi kali ni, hari hari terakhir puasa saya didatangi bulan yang tak diundang pula.haha, tak baik cakap macam tu sebab itu fitrah.

Okay lah, saya boleh tuliskan sedikit perkongsian ringkas untuk muhasabah bersama.
Satu malam sebelum solat terawih di surau taman rumah saya, Ustaz Adli berpesan.

1) Bulan Ramadhan adalah peluang untuk kita memperbaiki kelemahan diri dan memperbanyakkan amalan ibadah serta kebajikan kerana ketika ini pahala dilipatgandakan.

2) Bulan Ramadhan adalah masa untuk kita meningkatkan ketaqwaan terhadap Allah s.w.t, iaitu sentiasa takut akan Allah dengan mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

3) Kalau ada orang bagi nasihat atau teguran, jangan melenting dan berkata "kubur masing-masing" kerana jika anda berasa kubur masing-masing, kenapa tidak berbungkus kapan sendiri dan masuk ke liang lahad dengan sendiri? hehe...lagipun, tanggungjawab kita adalah mengambil berat hal muslim yang lain. Kita tegur kerana kita prihatin :)

4) Jangan terlalu sibuk membuat persiapan raya sehingga amalan kita terabai.

5) Jangan pasang pelita semasa hampir hari raya, tetapi pasanglah pelita bermula malam pertama Ramadhan. Supaya bulan Ramadhan kita terasa meriah dan rumah pun terang-benderang. Kebanyakan daripada kita lebih memeriahkan raya daripada puasa. Betul kan?

6) Syawal adalh kemenangan bagi umat Islam yang berjaya melakukan ibadah puasa dengan ikhlas dan berjaya mencapai ketaqwaan serta berjaya melawan nafsu dan memperbaiki diri. Bagi yang tiada perubahan atau sebelum Ramadhan dan selepasnya sama sahaja (tiada perubahan ke arah yang lebih baik), tak boleh sambut raya! Hehe...gurau je. Boleh sambut, tapi jangan berlebihan sebab, cuba fikir berjayakah anda mentransformasi diri kepada muslim yang cemerlang?

Renung-renungkan. Semoga ibadah sepanjang Ramadhan kita diterima oleh Allah. InsyaAllah amin, kepada keluarga, sahabat-sahabat dan semua yang mengenali diri ini, ampun dan maaf saya pinta jika ada terkasar bahasa dan perbuatan, semoga ikatan persaudaraan ini kekal hingga ke syurga. 

Salam Aidilfitri, Takbir! Allahu Akbar...

Gambar Hiasan.