Girls Generation of 8

: : Assalamualaikum : :

Waaaa...!!! Kepala pening-pening. Hati selalu mau sakit. So, minggu last ni agak serabut dan memenatkan. Memandangkan masa mencemburui saya ( coz banyak benda lain nak kene buat ) ,,, saya nak update pasal kawan-kawan ' lama ' di Majmuah 8 (sem 1&2). Girls only.

Memang tak dinafikan wajah-wajah family majmuah 8 ni ceria semacam. Nak flashback balik mase kitorang bersama-sama dulu. Maybe some people anggap kitorang ni naughty. Yelaa...class pon last. Perangai pulak yang hyperactive ade, yg suke gelak besar ade, yg banyak sangat cakapnye ade, yang kuat membebel pon ade. Pot pet pot pet. Agak-agaknya ramai je yang rimas dengan kitorang kot.

Believe or not, ade la beberapa suara menyatakan satu persoalan yang sama kepada kitorang. 

" Macam mana korang boleh jadi rapat sampai macam ni ye? "

Ada jugak la junior-junior yang sangat pelik dengan kitorang.

" Kenapa akak dengan kawan-kawan akak still close like before ek? Padahal dah seperated..."

Ahaha...bukan nak berlagak . Tapi nak share ape sebenarnya rahsia kitorang sampai jadi satu family yang sangat rapat dan susah direnggangkan. Apa yang kitorang biasa buat?

:: Kenal lebih rapat siapa kitorang :: Sharing is caring :: Selalu berkumpul & Selalu bergurau ::
:: Tolak ansur. Tak ada la nak touching sangat :: Acting like we are siblings ::
:: Selalu makan same-same :: Keluar jalan-jalan :: Tengok movie ramai-ramai depan laptop, tutup lampu :: Snap gambar banyak-banyak. Kenangan tau! Tengok balik mesti nak gelak punye lah ::
:: Melaram same-same :: Berblogging dalam blog majmuah 8 :: Jangan busuk hati ! ::
:: Saling menasihati, bagi tazkirah dan peringatan :: Kerjasama tu yang penting! ::
:: Semua mesti ceria! Ade masalah, cepat2 kongsi. Then, selesai. :: Sporting! ::
:: Last sekali, please...be yourself and appreciate your friends like the ways they are ::

      _____________________________________________________________________
 Seriously, masa sem 3&4 kitorang dipisahkan ke majmuah yang berbeza-beza. Hati sangat sedih, sakit pon ade sebab mereka seolah-olah tak mahu terima kami sebagai ahli mereka yang baru : (

Then, lama2 kitorang dapat sesuaikan diri dengan family baru. Alhamdulillah saya redha, walaupun ade sedikit rasa kesal dengan sikap sesetengah orang. Sekarang saya dah ada 2 Happy Family ! yeay !

Majmuah 8 Best ! Majmuah 3 pon Best !


Fit :: Ma :: Rita :: KakSya :: Jay :: Yum :: Adah :: Aten :: Tiqah :: (me) :: Amal ::  Ecah  :: Dija :: KakNida :: Sha

We Are :

Fit is the simple one.. Series tabik kat dia coz sangat berdisiplin dalam setiap kerja. Then, muke dia ni nampak matang sikit. Gadis melayu tau, memang expert wat keje-keje rumah !

Ma @ Fatimah is the most emotional girl , hehehe jangan marah. Timah ni laa yang selalu membantu saya buat kerja-kerja menyunting video. Ehm...suke berblogging dan bahasanya sangat puitis. Hik3 jiwang!

Next, our Naib Presiden MPP .
Rita ni sangat komited dalam kerja dia. And she is the most lovely friend. Suke buat2 merajuk.haha. Dalam class dulu, kitorang paling lemah kalau dia mule tanya macam2 soalan kat lecturer. Hehe sorry Rita! Bagus la kan. Banyak tanya, banyak pengetahuan. Tengok sekarang diangkat jadi NP MPP :)

Then,our Kak Long !
Paling periang , penyayang, sangat2 caring, kadang2 rasa macam dialah kakak, dialah mama. Haha. Matured dan serba-serbi boleh. Kerenah kitorang semua dia layaaann...

Jay...nama macam glamour. Tapi sesuai lah dengan muke dye yang chinese look tuuuu... I like being friend with her. Jay suke gelak menyebabkan kitorang tergelak-gelak bile dengar cara dia gelak. Haha paham? Walaupun dia ni sangatlah suke mengkritik & banyak cakap, tapi apa yang keluar dari mulut dia tu semua ada betulnya. Jay, i'm really thanks for you...

Qayyum Hana. Such a beautiful name, right? Qayyum ni comel la, macam budak-budak sikit. Sangat periang dan kelakar ! Nonsense and very komited dengan assignment dia. Lagi satu, sangat pemalu, sampai merah-merah muke dia...

Raudhah ni anak Uncle Zainal Bahrin. Ceh macam kenal je bapak dia. She looks gorgeous. Sangat prihatin dengan orang dan keadaan sekeliling. So, jangan malu2 nak tanya dia or mintak pendapat dia. Dan relakanlah tadah telinga serta luangkan masa yg banyak untuk mendengar nasihat2 doktor ni ye...huhu ^^

Hey! Say! Jump!


Aten @ Fatin Hanani is the most happiest woman in the world. Senyum sampai ke telinga ! Like la page dye . Actually, she is  perfect. Dia berkebolehan dan mudah berkawan.

Atiqah ni sekampung la dengan Aten. Same2 orang Kedah. Loghatnye bukan main pekat semacam. haha. Atiqah ni seorang yang berani mencuba...tabah dalam setiap cabaran yang dia lalui. Setia kawan. Love u!

Akmal Zakiah !!! Tak tahu kenapa, susah kalau dia takde ni. Akmal dah banyak tolong saya, terutamanya dalam pelajaran dan pengurusan dalam ruknu (kelab bahasa Arab). Dia ni cepat terasa, lepas tu dia lupa. Kalau tanye dia, sape paling dia banyak terasa. I think the answer is me. Kan Akmal? Sorry kalau aku selalu gurau kasar dengan kau. huhu. Peace!

Ecah.....!!! Paling comel di hatiku...huhu. Ecah ni la teman satu bas saya masa cuti balik Selangor. Tapi akhir2 ni selalu naik bas sorang-sorang. Sebab mase dia nak balik, saya taknak balik. Mase saya nak balik, dia dah balik semula. Haiiyoo... Ecah ni nampak brutal, tapi dalam hati dia penuh kesyahduan, jiwa dia penuh kejiwangan. Haha.

Then, Khadijah Ismail. Ceria sangat dia ni. Boleh masuk dengan semua orang. Sangat peramah dan caring. Suke bagi nasihat dan pandangan. Buat lawak tak pernah tak jadi. Hehe

Kak Nida ku yang cantik! Bling bling...merah muke dia cover2. Akak, jangan marah ye, nanti cepat tua. Ni lagi sorang kakak kitorang. Masih pandai bercakap walaupun dipaksa. Then, she is really simple.

Last...si darah manis ni haa...Syahira. She was taken by someone special tau... Sya ni sangat sporting. Dia betul2 menghargai sahabat, mudah memaafkan orang and really feminin.


Dinner at Renaissance Hotel
One day, kitorang di'invite' untuk datang ke Majlis Anugerah Kolej di Renaissance Hotel, KB. Actually ni majlis adat yang biasa diadakan di APIUM sebelum student Sem 4 tamat pengajian kat situ. So, kitorang sepakat nak duduk satu meja. Tapi sayang, meja disediakan just for ten people. Lagi 5 pergi dok merata dengan sahabat-sahabat yang lain. Unexpected! Kitorang dapat meje nombor 8. Haha. Best la dapat gethering balik dengan diorang. Bukan selalu pon. Walaupun tak semua ada, tapi kitorang still enjoy saat2 terakhir bersama ni. InsyaAllah we will be last orever and still can meet each others. Insha Allah. 

2 comments:

f.f said...

memorable experience forever!!

Syafiqah said...

of course nitaf =D