Alhamdulillah !


Alhamdulillah, setelah tamat pengajian peringkat Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya,
saya masih diberikan peluang untuk terus menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bersama-sama rakan yang lain. Mudah-mudahan usaha saya kali ini bertambah baik dan rajin rajin rajin daripada yang sebelumnya. InshaAllah...

No more to say.
Just, Thank you Allah because He fulfilled my wish for being a student of Islamic Theology.
Thanks for my parents, brother and sisters, my friends and teacher for supporting me and praying for me.

PROUD TO BE ISLAMIC STUDENT   (^.^)"




Love to Pursue : Allah Knows Better

Ramai sahabat bertanya kepada saya, 
" Tak susah ke nak sambung pengajian dalam bidang Aqidah ? Ramai senior kata, ini subjek killer tau."

" InsyaAllah , dengan cinta, semangat dan minat yang mendalam kita akan mampu. Kemahiran menguasai sesuatu bidang itu bukan diukur dari segi susah atau senangnya sesuatu bidang itu. Tetapi diukur dari segi kemampuan dan minat seseorang itu untuk benar-benar ingin menguasai bidang itu. Kalau tidak, tiada sesiapa yang akan berani menceburi bidang yang mencabar dan pencapaian manusia akan terhad setakat perkara yang mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang."



****************

A: I want to be a doctor, but people said that studying medicine is very tough. Should I go for it?

B: They're right. Studying medicine is very tough. But it's all about whether you want to choose a path you love or a path you think is easy. The path you love isn't always easy. If you love it, you'll pursue it.

( AIMAN AZLAN , Malaysian Student in Canada )

*****************

Alhamdulillah, tidak lama lagi keputusan kemasukan degree untuk peringkat asasi akan keluar. Tidak sabar rasanya melihat keputusan sama ada ditempatkan dalam Pengajian Aqidah dan Pemikiran Islam atau Pengajian Dakwah dan Pembangunan Insan atau Sejarah dan Tamadun Islam. Ya, saya memang cintakan ilmu Islam, jikalau saya mampu, saya memang teringin menjadi seorang ilmuwan yang tinggi nilai pemikiran dan pekertinya. Tetapi apakan daya saya hanya manusia biasa. Menuntut ilmu seperti yang diwajibkan dan berusaha setakat yang terdaya. Alhamdulillah saya berjaya skor dalam subjek kegemaran iaitu Aqidah dan Tasawwur Islam. 

Teringat kembali suatu ketika dahulu. Pada saat Malaysia digemparkan berita tentang ramai Melayu-Islam telah murtad, di antaranya Aishah dan Azlina (Lina Joy). Timbul perasaan sakit hati dan marah dengan tindakan mereka yang begitu mudah membuat keputusan untuk memilih agama selain Islam padahal secara fitrahnya mereka dilahirkan dalam keluarga Islam. Pada saat itu juga, fikiran saya sebagai seorang kanak-kanak yang masih cetek ilmu merasakan bahawa saya perlu mengambil tahu punca berlaku perkara seperti itu. 

Sedang kawan-kawan lain sibuk ber'sms' , membaca majalah hiburan, saya pula baca akhbar dan mastika yang hangat mengeluarkan isu murtad. Antara puncanya adalah, pujuk rayu teman lelaki yang bukan Muslim dan terkena perangkap 'holy water'.

Semenjak itu, saya mula membaca artikel tentang soal aqidah , agenda kedatangan pope ke Malaysia, kepercayaan penganut agama Kristian dan sebagainya. Mungkin kebanyakan orang di luar sana takut untuk mengambil tahu perkara ini. Seperti ayah saya sendiri merisaukan anaknya akan terpengaruh dengan agama lain. Tetapi, saya tidak rasa kita perlu takut. Semakin kita memahaminya, semakin kuat aqidah kita terhadap Islam dan semakin berani untuk menentang kepercayaan mereka yang mengarut itu. 

Semakin hari, saya mencintai ilmu aqidah dan terlalu ingin mendalaminya. Alhamdulillah saya telah ditempatkan di  Pusat Asasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya selama dua tahun. Sekarang, masih mengharapkan supaya Allah yang Maha Pengasih memberi peluang kepada saya untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin pengkhususan Aqidah. Ya, semangat saya berkobar-kobar untuk menyelamatkan aqidah saudara-saudari Muslim saya. Apatah lagi, budaya Barat semakin menguasai budaya kita terutamanya Islam. 


I hope that I can pursue my dream ! Allah knows better   :))
Sincerely,
Nur Syafiqah   a.k.a    Lidyatun Nisa'

The Champion of EURO VS The Great Islam History

Hola !
Assalamualaikum pembaca setia.
(Entri ini menggunakan bahasa baku Malaysia supaya mudah diterjemah.)


Lega rasanya mendapat tahu kemenangan bagi UEFA EURO tahun 2012 berpihak kepada Negara Sepanyol sekali lagi setelah menjuarai UEFA pada tahun 2008. Kehebatan barisan pemain-pemainnya yang menunjukkan prestasi agak cemerlang memang tidak dapat dinafikan. Lebih-lebih lagi, Fernando Torres, David Josue Silva dan Iker Cassilas adalah antara pemain-pemain favourite saya. Memang tidak sia-sia saya menonton perlawanan akhir secara langsung pada pagi 2 Julai itu apatah lagi bila Allah bagi cuti. Tapi, jujur saya hanya menonton siaran langsung pada pembukaan iaitu perlawanan antara Poland dan Greece serta perlawanan akhir Sepanyol menentang Itali. Yang lain saya tonton siaran ulangan =)))

Okay, fullstop.
Bukan mahu cerita panjang lebar pasal bola.
Balik pada tajuk : The Champion of Euro VS The Great Islam History + in Europe.
Apa kena mengena bola dengan tajuk di atas ?

Saya dah tulis tadi, "bukan mahu cerita panjang lebar pasal bola" . Sebenarnya saya hanya bayangkan, alangkah bagus dan indahnya jika kita dapat melaung kegembiraan atas kemenangan umat Islam menegakkan kebenaran di negara Eropah setelah beratus tahun lamanya kegemilangan pemerintahan Islam lenyap dari bumi Eropah. Bayangkan kemenangan Sepanyol adalah seolah-olah kemenangan Islam menakluk semula negara itu. Agak-agaknya bila kita akan merasai kegemilangan itu ? Wahai orang-orang Melayu yang masih asyik dengan permainan dunia, hiburan dan sebagainya, anda tahu atau tidak bahawa Islam pernah menakluk 2/3 dunia ? Anda tahu atau tidak bahawa tokoh-tokoh ilmuwan ramai daripada kalangan cerdik pandai Islam ? Anda tahu atau tidak bahawa ramai tokoh Inggeris yang kalian banggakan itu telah mencuri ilmu daripada tokoh Islam kita ? Anda tahu Ibnu Rusyd , Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Batutta ? Bagaimana pula dengan Tariq Ibn Ziyad , Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh ? 

Atau anda lebih mempercayai ilmu sejarah, zaman batu, neolitik, paleolitik dan sebagainya ( banyak sudah lupa, sebab pada saya tidak penting mengingati perkara yang tak wujud ) yang sengaja diwujudkan oleh orang-orang Inggeris supaya mereka boleh memperbodohkan kita ? Padahal Nabi Adam, manusia pertama yang dicipta Allah, sudah pandai membina kaabah dan Masjid Al-Aqsa. Dan sejak beratus tahun dahulu manusia sudah pandai berdagang, melakukan sihir, mempunyai raja dan istana. Mereka juga pandai berkata-kata, berpakaian, bergaul bersama masyarakat dan membina tamadun. Ramai juga tokoh yang telah berkarya melalui tulisan, alat muzik dan alat rekacipta mereka.

Mungkin ada sesetengah daripada kalian yang berbisik,
" Penulis ini hanya tahu bertanya soalan bertubi-tubi, tapi tidak pula tahu menjawab kesemuanya..."
Harapnya tiada sengketa antara kita. Kepada non-muslim, jangan sakit hati atau kecewa dengan tulisan saya. Anda mesti sudah menemui terlalu banyak entri seperti ini. Pasti. Jadi, saya harap anda tidak jemu membaca dan mencari tahu apa jua sejarah yang nyata dan benar lagi sahih. Saya akan terus menulis walaupun saya sibuk dengan urusan pekerjaan lain. Pastikan ia bukan palsu seperti apa yang direka manusia pendusta yang kononnya tercipta daripada spesis beruk teori Encik Darwin. 


Jelas terserlah kegembiraan di wajah mereka. Bayangkan jika mereka ini bakal menjadi saudara Islam kita.


Perhatikan peta di bawah. Hampir keseluruhan bumi Espanol telah diperintah oleh Islam dari Arab dan Barbar ( penduduk Islam di Morocco ). Penduduk Sepanyol semasa dalam pemerintahan Islam, mereka hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Pada masa itu, Islam mengamalkan sikap toleransi dan tiada paksaan dalam beragama. Mereka bebas mengamalkan budaya mereka tetapi gerakan dakwah Islam ke arah mentauhidkan Allah tetap berterusan. Sehinggakan orang-orang Yahudi mengakui keagungan dan kehebatan pemerintahan Islam di Sepanyol ketika itu. 

Kerajaan Islam telah dimusnahkan oleh King Ferdinand of Aragon dan isterinya, Queen Isabella of Castille


Alhamdulillah saya berjaya meluangkan masa walaupun sebentar untuk menulis entri ini sebagai pembukaan kisah sejarah Islam di Sepanyol. Ini cuma entri untuk membuka mata, minda dan hati kita untuk menyedari hakikat yang berlaku di sekeliling kita. Tulisan ini belum ada penghujungnya. InsyaAllah jika ada kesempatan lagi, akan datang saya cuba berkongsi lebih banyak pengetahuan. Suka saya mengingatkan supaya anda juga berusaha mencari artikel atau membaca buku-buku sejarah dan tamadun Islam. 

Selamat berusaha! 
Umat Islam harus cemerlang,
hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh, 
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata.
Umat Islam sentiasa boleh.
Takbir! Allahu Akbar!!


:::: Nur Syafiqah ::::