Malu Buat Dosa atau Malu Buat Pahala?


Alhamdulillah, tengah-tengah malam ni lah baru rajin nak update. Banyak je benda nak story-story tapi macam malas je nak menaip. Facebook pun dah lama tak dijenguk. Meh nak tanya, kita ni sepatutnya malu buat dosa atau malu nak buat pahala?





Semalam, ada seorang sister ni mengadu kat saya. Katanya, dia ada share something pasal tazkirah dekat wall Facebook adik kesayangannya (lelaki)...tapi sadly, depan-depan mata si kakak jugak adik lelakinya tu terus delete post tersebut. Bila si kakak tanya, kenapa mesti dia delete benda baik? Adiknya diam tak menjawab. Dia terus khusyuk melayan Facebook nya. Si kakak ni terdiam. Sedih. Dia menangis di belakang si adik. Menangis sembunyi-sembunyi. Adiknya bukan tak perasan, tapi maybe dia sengaja buat don't know je. Sedangkan si kakak berniat baik nak bantu si adik memandangkan di Facebook adiknya tu kurang dipenuhi dengan pengisian yang baik. 

Well, based on the story, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa ada juga sesetengah manusia yang terlalu ingin menjaga personalitinya atau popularitinya sampaikan dia malu untuk kelihatan sebagai orang agama ( maybe bagi mereka, nampak skema and tak cool ). Dek kerana dia dikenali sebagai seorang yang fashionista, maka dia berasa malu nak pakai something yang lebih sopan dan mengikut syariat. Kata mereka, malu nak pakai baju kurung dan tudung labuh sebab nampak kolot. Dek kerana dikenali sebagai seorang yang jutawan, dia berasa malu untuk turun ke lapangan membantu insan yang memerlukan. Kata mereka, malu nak duduk bersama-sama orang miskin sebab tak standard langsung. 



Why not?

Sebab kita rasa apa yang kita ada sekarang adalah hak kita, kelebihan kita, padahal semua yang kita miliki ini datang daripada Allah S.W.T. Kerana terlalu bangga dengan diri sendiri, manusia asyik dengan nikmat kehidupannya sehingga tak sedar Allah S.W.T tidak pernah lepas sesaat pun dari memandang mereka. 

Saya ni tak lah pandai sangat nak nasihat panjang lebar. Tapi kita sebagai manusia yang punya hati dan perasaan, fitrah rasa bertuhan, mestilah boleh berfikir antara yang baik dan buruk. Boleh bezakan yang mana dosa yang mana pahala. Kannn....Dosa dengan pahala ni cuma terpisah oleh nafsu je. Macam mana nak uruskan nafsu? Jawapannya, taqwa. 

Taqwa akan menjadikan kita rasa takut dengan Allah S.W.T, takut akan azab-Nya, dan semestinya malu nak buat dosa. Umpama murid takut dirotan cikgu lah sebab tak ikut peraturan sekolah. 

Oh, ada satu lagi cerita nak share pasal 'taqwa'. Ini juga based on true story, my own story. Huhu. Saya share sebagai pengajaran untuk semua lah ya. Suatu petang ketika saya terlajak tidur dari lepas zohor sampai ke asar, masa tu dalam pukul 6 petang kot. Tengah lena membuta, saya dapat satu mimpi mengerikan. Saya sedang menziarahi orang yang baru meninggal dunia dan saya duduk dekat sebelah kepala si mati. Saya merenung lama muka si mati dan tiba-tiba wajahnya berubah menjadi buruk dan...dan..dan yang lagi mengerikan, tiba-tiba dia menjerit kesakitan, meraung bagaikan disiksa. Saya pon panik dan terus tanya seorang makcik apa punca si mati jadi macam tu? Tahu tak dia jawab apa?

"....kerana dia meninggalkan solatnya...."

Allahu Rabbi,
terus saya terjaga dari tidur dan tersedar yang saya belum menunaikan solat Asar. Directly Allah S.W.T nak tegur saya dan semenjak itulah setiap kali nak menunaikan solat Isya' (sebagai solat terakhir dalam sehari), saya selalu terbayang bagaimana sekiranya saya tak sempat berjumpa Subuh keesokan hari? 



Akhir kata,
" Sesiapa yang suka bertemu Allah, Allah juga suka bertemu dengannya. Dan sesiapa yang benci untuk bertemu Allah, maka Allah juga benci untuk bertemu dengannya."

WallahuA'lam.







No comments: