Punat Bisul

Assalamualaikum semua.
Hihihi segan pulak tulis tajuk sebegitu rupa.

Actually ayat 'PUNAT BISUL' ni diasaskan oleh lecturer saya. Maksud punat bisul ni ialah satu tempat yang apabila disentuh, maka ia terasa sangatlah sakit. Itulah yang nak digambarkan oleh lecturer saya dalam kuliah serangan mazhab-mazhab Islam yang sesat. 

Dalam kehidupan seharian kita ni, mesti ada satu perkara atau tabiat yang kita biasa lakukan dan sedang melakukannya padahal ia adalah salah dan tidak patut dilakukan. Eh? Macam mana tu? Jeng jeng jeng. Meh scroll bawah lagi...


Gambar hiasan. Menyampah!


Contoh mudah saya bagi, Siti sedang dilamun cintan dengan Ahmad. Maka mereka pun sering berhubung dan kadang-kadang keluar dating bersama-sama. So, kesalahan yang kita dapat kesan adalah kesalahan 'bercouple' sebelum nikah ! Dan, itulah punat bisul Siti. Cuba kita tekan punat tersebut dengan cara menegur kesalahannya itu, maka akan sakit, sensitif dan benganglah si Siti. Haha kerana kita sudah menyentuh isu sensitif bagi dia. Understand ???

Sure punyalah setiap orang ada part yang paling dia sensitif bila orang tegur. Biasalah, ini namanya ego. Kita rasa apa yang kita buat adalah benar belaka padahal sebenarnya kita malu jugak bila kena 'sound' kan, tapi nak cover punya pasal, tetap jugak nak bela diri sendiri. Huhuhehehoho...

So, apa nak buat kalau bisul kita ditekan-tekan?
Biarlah berdarah sekalipun, asalkan ia adalah untuk kebaikan diri kita juga. Anggap sahajalah teguran itu sebagai teguran daripada Allah S.W.T yang Dia berikan melalui orang perantaraan. Kalau tak ditegur, tak dinasihat, sampai bila pulak kita nak jadi manusia berkeladak kan? Tak apalah bernanah sekalipun, masa bernanah, berdarah itulah kita nak cuci luka kita. Basuh segala kesilapan kita. Tak gitu? 

Hmm...sebenarnya ni entri untuk diri sendiri yang selalu ditekan-tekan punat bisulnya. Haha sakit bangat sih. Tapi ya nggak apa-apa kok, lukanya bisa diobat dengan muhasabah diri. Jom muhasabah sama-sama.


# Ada tak orang nak picit bisulnya sendiri? huhu renung-renungkan & selamat beramal ! (^_______^)




No comments: