Chongguo-ren zai Putrajaya


Konichiwa, mina-san. (nihon-go lah pulak)

Betul ke tajuk entri ni ek? Orang Cina di Putrajaya...huhu whatever. Saja nak share my funny experience when I had a conversation with chinese married couple. Since kami boring duduk dalam kampus, kami pon decided lah nak makan angin kat Putrajaya. First place kami visited, inilah dia Masjid Putra

Nampak excited tak?

Excited sebab dapat keluar daripada kebosanan hidup terperap kat kolej. Walaupun ini bukanlah first time datang Putrajaya, tapi keseronokannya mengalahkan orang yang pertama kali menjejakkan kaki ke situ. huhu. Berposing itu mestilah macam-macam style. Okay, tengah syok kami snap gambar, tiba-tiba datang seorang auntie and uncle chinese ke arah kami. Auntie chinese tu angkat tangan seolah-olah dia menyapa kami. Tapi....unfortunately, dia cakap mandarin lah pulak. Ayoyo tak faham tau.

Tapi tak apa, saya dengan 'bajet'nya memberikan senyuman yang manis kepada mereka berdua. Konon sebagai tanda sapaan lah jugak. Sekali mereka datang menghampiri kami sambil cakap mandarin tak henti-henti. Macam membebel je gayanya. Haha macamlah kami ni faham sangat. Kawan saya dah tarik tangan ajak saya pergi dari situ, tapi saya tak nak sebab nanti nampak Malaysian ni macam tak friendly pulak. Hmm. Then, saya yang sedang sedikit stress ini pon berkata,

"...wo bu chi dao...." (dalam hati, aku tak tahu apa kau cakap) haha stress.

Auntie tu pun memegang kedua-dua belah lengan aku sambil membebel lagi. Kawan-kawan lain dah start ketawakan saya. Saya pun sengaja tanya dia, (walaupun dah tahu jawapannya....),

" Ni shi chongguo-ren ma? "

" Shi wo... " dengan riangnya dia menjawab sambil tersenyum dan semakin bersemangat dia ber'pot pet'.

Dalam hati saya, "......habislah aku.....". Saya tanya dia lagi.

" Ni xihuan Malaysia? "

" Wo xihuan....bla...bla....." Then dia buat isyarat nak ambil gambar. Saya pun panggil kawan-kawan lain untuk bergambar dengan mereka. Dalam hati rasa lega sebab saya dapat rasakan inilah dia penamatnya. hahaha akhirnya !


Inilah dia, PEACE !

Bukan saya tak suka, saya cuma rasa a little bit dissapointed with myself yang tak pandai berbahasa Mandarin walaupun dah pernah attend satu semester kelas bahasa Mandarin. Nak melayan auntie lama-lama pun rasa segan dan kesian sebab dia cakap sorang-sorang. Pengajarannya, usahalah sebaik mungkin untuk belajar macam-macam bahasa kerana ia sangat berguna untuk saat-saat emergency seperti di atas atau pun ketika melancong dan bekerja. Dan yang paling penting, untuk berdakwah. InshaaAllah.

Last saya cakap kat uncle tu,

"...xie xie, uncle. Zaijian ! "

Sekian. (^___________^)




No comments: