Sahsiah Pemuda Islam

Assalamualaikum.

Ini tazkirah ringkas semasa kuliah maghrib di surau kolej kediaman Kinabalu (8th rc). Disampaikan oleh seorang akhi daripada Academy of Islamic Studies UM. Tajuk sebenarnya saya tak ingat. Dan isi kandungan tazkirah ini juga berpadukan notes yang saya tulis secara ringkas. maaf sekiranya kurang jelas.





Persoalan tujuan penciptaan manusia, adakah hidup kita semata-mata untuk bernafas sahaja? Jika dirujuk dalam kitab suci Al-Quran, Allah S.W.T ada berfirman, 

"Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan agar mereka beribadah kepadaku."
(Surah Ad-Dzariyat : ayat 56)

Maka jelaslah bahawa hidup manusia di atas muka bumi ini adalah sebagai hamba untuk beribadah kepada Sang Pencipta dan untuk diuji tahap keimanan dan ketaqwaan terhadap-Nya.

Aspek sebagai pelajar muslim.
Perlu sedar akan diri bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang besar. Bukan sekadar penuntut ilmu bahkan menjadi khalifah untuk membantu manusia menyebarkan amar makruf dan mencegah kemungkaran. 

Senantiasalah bermuhasabah diri sepanjang menjalani kehidupan seharian. Fikirkan apa jua perbuatan dan pekerjaan yang kita lakukan sama ada ia bertepatan dengan perintah Allah atau ada di antaranya yang melanggar larangan Allah? Muhasabah kembali.

Kisah Imam As-Shafie :

Beliau susah untuk menghafaz. maka apabila ditanyakan kepada ulama', apakah sebab yang menjadikan dia seperti itu? maka jawabnya, mungkin pernah melakukan dosa yang mana ia menjadi penyebab kepada kepayahan untuk menghafaz. 

Oleh itu sahabat, selalulah bersihkan hatimu dan sucikan dirimu. Perbanyakkan zikir munajat dan taubat nasuha. Moga beroleh redha Allah S.W.T dalam setiap saat kita.

Tasawwuf.

Bermaksud hati sentiasa taqarub kepada Allah S.W.T atau dengan kata lainnya seseorang itu sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadah. Dia merasakan jiwa hamba dengan kekuatan rohaninya serta peribadi yang mulia. Manusia seperti ini amat menikmati lazatnya beribadah tanpa jemu.

Ukhuwwah.

Satu ikatan atau silaturrahim sebagai ruang untuk saling mengingati dan menasihati. orang yang bersahabat kerana Allah, mudah menerima nasihat mahupun kritikan daripada orang lain. dan setelah itu, dia berusaha memperbaiki dirinya bagi memperkukuh iman dan istiqamah dalam berbuat amal kebaikan.

Akhir bicara akhi tersebut,

Pastikan kita ada matlamat hidup yang jelas. Seorang muslim tidak akan mempersia-siakan waktunya dengan perkara yang tidak mendatangkan sebarang manfaat. Selesai membina matlamat, maka perjalanan ibadah dan pekerjaan lain akan menjadi lebih mudah. Dengan izin Allah.


InshaaAllah sama-sama kita renungkan dan beramal. 
Wallahua'lam.



No comments: