Duit Raya RM100,000 daripada Kotex !


:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Choose SAYS.my as your great campaign and get your rewards!

Siapa nak Duit Raya daripada Kotex? Terdapat RM100,000 untuk dimenangi! profile image
:: KEMPEN 2:: KEMPEN DUIT RAYA ! ::

SMS & Menangi "Duit Raya" daripada Kotex hari ini !
Jangan lepaskan peluang untuk berhari raya dengan RM 100,000 !!!
Lawati alamat di bawah untuk maklumat lanjut.
http://says.my/lidyatunnisa/duit-raya-kotex

Jangan lepaskan peluang ye. Cepat2 hantar penyertaan :)

Iftar Di Rumah Sahabat

:: Bismillahirrahmanirrahim ::
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Penyayang

Assalamualaikum. Apa khabar? Puasa macam mane? 
Mesti semua sibuk2 memperbanyakkan amal dalam 10 malam terakhir ni.
Berebutlah saat-saat akhir bersama Ramadhan. Terase sangat2 sekejap...


Tarikh 12/8/2011 ( Jumaat )
Iftar di rumah Ahmad Khairuddin Bin Zahari
Telipot, Kota Bharu, Kelantan

Akhowat bersama-sama ayah, ibu dan kakak Khairuddin

Alhamdulillah, buat kali pertama iftar di rumah sahabat Majmuah 3 yang baru dikenali semester 3 ini. Mas'ul sendiri yang menjemput kami untuk berbuka puasa di teratak keluarganya. Kami selamat sampai ke rumahnya dengan 3 buah kereta pada jam 6:30 ptg...lebih kurang laa. 

Masuk je ke dalam rumah, akhowat terus menjenguk dapur untuk membantu ibu mas'ul menyediakan juadah berbuka (kecuali saya dan beberapa sahabat lain-atas sebab2 tertentu)...hehe...

Beberapa ahli majmuah lain turut memenuhi undangan sahabat mereka ni. Ada Mukhlis, Muaz, Abbas dan Fitri.  Seronok sangat la sebab keluarganya pun peramah...makan pun sedap2... Saya paling suka sup tulang... ke daging? hehe...pastu tempoyak...sedapla ! Alhamdulillah rezeki berbuka kami malam tu...

Macam biasa, lepas berbuka mestila solat ...kami akhowat naik ke tingkat atas untuk solat berjemaah. Lepas tu, ramai2 berjalan kaki ke Masjid Telipot untuk mengerjakan solat tarawih...Ramai sangat jemaah dalam masjid, agak berhimpit la...Akmal je yang terpaksa naik tingkat atas masjid sebab bawah dah penuh...

Balik dari tarawih, kami sempat minum2 dulu, makan buah durian...saya tak makan pun...Lepas tu, akhowat semangat nak SNAP gambar kenangan dengan ahli keluarga Mas'ul sebelum balik ke UMNP :)

Terima kasih, Mas'ul !

***************************
20/8/2011 (Sabtu)
Iftar di rumah Siti Nur Azami
Machang, Kelantan.

Hidangan enak dari keluarga Azami :)
Seterusnya, kami memenuhi undangan daripada sahabat Majmuah 3 lagi untuk berbuka bersama-sama keluarganya. Perjalanan ke Machang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Kami pergi berkonvoi dengan 5 buah kereta termasuk beberapa ikhwah majmuah 4 (lagii)...wah...macam ramai je kan? Best3...Saya, Fatin dan Jalilah pilih naik kereta dengan Hafizi (racer) dan Zaki. Saya suke sebenarnya bawak kereta laju2 ni...hehe...tapi tahap kelajuannya agak membahayakan laa...menyebabkan kami bertiga 'terbising'. Heee....

Sampai destinasi, segala juadah dah tersedia kat ruang tamu rumah mereka. Tapi, kami akhowat sempat jugak la tolong2 apa yang patut memandangkan waktu berbuka dah pun hampir... Alhamdulillah kami dapat berbuka dengan masakan yang sangat2 enak...ada sup daging lagi...ke tom yam? huhu...sambal udang,,sambal asam dengan pari bakar...sedap kan? Rezeki untuk orang2 yang berpuasa, mudah-mudahan diberkati Allah s.w.t.




Selesai makan, kami solat berjemaah di ruang tamu rumah berimamkan Zaki...Kemudian mereka bersiap-siap untuk ke Masjid bagi menunaikan solat Isyak dan tarawih.  Saya, Fatin dan Jalilah tak dapat ikut bersama mereka kerana.....ade urusan tertentu. Kami nak tolong basuh segala perkakas dan pinggan mangkuk yang tersadai kat lantai dapur. Tengoklah budak2 rajin dah siap basuh semuanya ! weeee.....



Dah siap basuh semuanya, kami pun dok lepak depan TV...(tuan rumah dah izinkan) hehe. Masuk je waktu isyak, kami solat berjemaah dan terus solat tarawih 8 rakaat sahaje... Lepas tu, sambung tengok rancangan 'Anda Ada 60 Saat' di Astro Ria... Riuh-rendahlah kami dok depan TV tu. Ish ish ish...macam rumah sendiri je. 

Tak lame lepas tu, mereka pon balik dari surau, macam kat rumah Mas'ul jugak. Sempat minum2 lagi...hilang dahaga. Azami pulak rajin buatkan kami Dadih Nata de Cocoa yang Special untuk kami. Hehe, sedaaappp...

Terima kAsih Azami ! Nanti nak datang lagi !

Raikan Aidilfitri Bersama Keluarga ERA !

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Choose SAYS.my as your great campaign and get your rewards!

Siapakah diantara penyampai ERA yang anda ingin jemput ke rumah anda?  profile image

:: KEMPEN 1 :: KEMPEN MERIAHNYA RAYA ! ::

Raikan Aidilfitri bersama keluarga ERA dalam Riuh Raya Erathon! Jemputlah mereka untuk memeriahkan suasana raya anda!
Lawati alamat di bawah untuk maklumat lanjut.
http://says.my/lidyatunnisa/era-fm-malay1

Jangan lepaskan peluang ye. Cepat2 isi borang :)

Andainya Dapat Ku Zahir Hasrat Hati

..::: Coretan Cerita :::.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengampun 
...Maha Berkuasa Memegang Hati-hati HambaNya...


Ya Allah...
Memang besar ujian-Mu terhadap hamba-Mu yang lemah ini
terasa berat untuk aku menghadapinya
namun... aku tak mungkin dapat lari daripada semua ini
Aku hanya mampu bertahan dan berpaut pada kasih-Mu

Seandainya aku sedang menyesali hidupku
bangkitkanlah aku dengan kuasa cinta-Mu 
kerana hanya Kau lah yang Maha Pengasih dan Penyayang
dan Kau lah yang selalu di samping ku...

Ya Allah...
Andai dapat ku zahirkan segala yang terpendam
akankah hilang perit semalam ?

Andai mampu aku ucapkan yang tersembunyi
adakah aku akan berhenti menangis ?

Andai telah aku lepaskan segala yang terbeban
dapatkah aku meraih kepuasan ?

Ya Allah...
Sungguh hamba-Mu ini sangat buntu
dengan setiap tindak ku
takut aku tersalah tafsir takdir-Mu

Ampunkanlah aku...Ya Allah
Aku tidak tahu apa yang sedang aku lakukan
jari-jemari ini seolah-olah melukis
sesuatu yang sedang bermain dalam fikiran
yang terkadang menimbulkan keresahan

Dan seolah-olah mahu melakarkan
sebuah lukisan hati yang terkilan...

Maafkan aku wahai insan
Aku mahu bersama-Nya sendirian.





Luasnya Pengampunan Allah

..:::Coretan Cerita:::...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun
Lagi Maha Mengasihani



Bulan Ramadhan adalah salah satu waktu yang Allah khususkan untuk pengampunan terhadap hamba-hambaNya. Di mana taubat dan rintihan mereka diterima Allah, bahkan Allah lebih suka apabila ada manusia yang mengadu dan berharap pada-Nya. Sedangkan pintu taubat itu tertutup saat nyawa di hujung kerongkong. Begitu panjangnya tempoh pengampunan yang Allah sediakan untuk kita, namun sayangnya kita cuma mempersia-siakan peluang yang amat berharga ini. Kasih Allah terhadap makhluknya melebihi segala perasaan kasih dalam kehidupan kita...Jika kita selalu berdoa meminta itu dan ini kepada Allah, mengapa kita tidak boleh penuhi permintaan-Nya pula? Allah sentiasa terbuka menerima taubat hamba-hambaNya. Allah sentiasa memerhatikan rutin kehidupan kita sama ada dimanfaatkan atau disalahgunakan. Setiap daripada kita berada dalam pemerhatian Allah. Sungguh, taubat adalah satu jalan keluar yang membawa kita menuju cahaya rahmat Allah Ta'ala. 

Cuba kita bayangkan, seorang Sultan menghulurkan tangan kepada rakyatnya. Pasti mereka berebut-rebut untuk menyambut tangan Sultan. Kerana apa? Ini kerana mereka punya rasa hormat yang tinggi dan patuh dengan perintah Sultan. Dan yang paling utama difikirkan adalah Sultan adalah yang tertinggi kuasanya di dalam negara. Mana mungkin rakyatnya melepaskan peluang untuk bertemu dengan Sultan dan beramah-mesra dengannya. 

Ayuhlah kita lakukan yang lebih baik daripada kenyataan di atas. Biarlah keinginan bertemu Allah itu membuak-buak sehingga menjadi RINDU. Jadikanlah rasa hormat kita itu sebagai TAQWA untuk membenteng diri daripada melakukan kemaksiatan. Suburkanlah rasa CINTA pada Allah sehingga kita tidak lupa untuk berkata-kata (doa/zikir) dengan-Nya. Semailah benih IMAN dengan ibadah dan kebajikan. Titiplah rasa SYUKUR dengan segala nikmat yang Allah hadiahkan kepada kita. 

Ketahuilah, " Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri." [ Surah Al-Baqarah : 22 ]


Saya juga mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian. Jujur saya beritahu, pasti timbul satu perasaan menyesal setelah melakukan dosa. Maka dengan segera kita akan menangis dan bermuhasabah kembali apa yang selama ini kita lakukan. Dan pada waktu itu, bersungguh-sungguh kita mahukan perubahan. Dan kita harap agar perubahan itu akan membimbing diri ke jalan kebaikan dan kesempurnaan. Tapi, sahabat-sahabatku sekalian, selalu yang terjadi adalah alpa. Ya Allah, macam manalah taubat kita itu hanya sementara? Kemudian, kita ulang lagi kesalahan yang sama...bukankah itu sama seperti kita menganggap pengampunan Allah itu suatu permainan dan boleh diminta sesuka hati pada bila-bila masa? 

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, 
bahawa Allah SWT berfirman :

"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Ku ampuni. Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang kepadamu dengan ampunan seluas bumi pula." 

( Riwayat al-Tarmizi dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah )



Sama-samalah kita berdoa : " Ya Allah, sesungguhnya hati-hati kami berbolak-balik. Maka atas taubat hamba-hambaMu ini, kami mohon rahmat Mu...tetapkanlah kami dalam perubahan kami. " Amiin


Ramadhan Menghilangkan Keresahan Hati

.:::Coretan Cerita:::..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Sebaik-baik Tuhan Pemberi Nikmat dan Rezeki



Waaa...Alhamdulillah, sempat juga kita bertemu Pertama Ramadhan tahun 1432H/2011M. Selesai solat tarawih di Musolla Akhowat (apium) ,,, saya duduk termenung kat dalam bilik. Eh, bukan berangan-angan tau. Cuma terfikir, " Daripada aku sibuk-sibuk dok fikir benda yang tak pasti, lebih baik aku buat benda yang pasti aku dapat ganjarannya..." Kan? Betul tak statement saya? Haa...sebenarnya assignment banyak lagi tak siap kot... Hehe, tapi rindu pulak nak jenguk blog kawan yang sorang nii.http://mustread-fatinz.blogspot.com/ Hah? Apahal la entri dia pasal PENANTIAN? Aduuh...ni yang bertambah-tambah resah gelisah hati saya nih. Dah.Fullstop! Best la entri dia. Terkesan setelah terkesima ! 



Betullah...Soal hati, soal cinta, soal nak clash ke, (eh,tiada kene mengena dengan saya ye :p)...berhentilah memikirkannya. Berhentilah menanti yang belum pasti. "FATIN !!! Kau dah bukak hati aku la !!!" Dah la lagu dia buat sedih je.huhu. Astaghfirullah....hati manusia apatah lagi remaja. Memanglah tak couple, tak contact, tak dating BUT semua tu seolah-olah berlaku dalam khayalan. Fitrah bertukar jadi parah. Tak Nak!


Mudah-mudahan kehadiran RAMADHAN kali ini akan menjadikan kita semua hamba yang bertambah amal ibadahnya, bertaqwa kepada Allah Ta'ala, umat yang sentiasa berakhlak mulia seperti Rasulullah s.a.w., insan yang semakin positif matlamat kehidupannya, anak yang sangat soleh dan solehah dan mukmin yang cemerlang. Wah! Susah ke? Daripada monyok kebosanan...murung kelaparan...masam muka je bila berjumpa, "tak larat kot"? Lebih baik tarbiyyah diri dengan didikan yang bermanfaat supaya kesannya berterusan sepanjang hayat kita. Kalau nak cantik, bukan main..."sapu krim 3 kali sehari, masker selepas make-up, bedak sejuk jangan lupe ye..." Nak kekal cantik la konon...

Bulan Ramadhan = 30 hari
Bukan bulan Ramadhan je....banyak lagi waktu yang Allah sediakan untuk kita beribadat kepadaNya. Bila? Bila-bila laa! Infinity Spaces ! Kalau siang busy sangat study, kerja, niaga, apa kata malam2 tu praktikkanlah Qiamullail. Bukan bangun online...[terase (T.T) ]... Jadi, muhasabahlah diri kita. 



1) Bagaimana dengan Ramadhan yang lalu? What've I done?
2) Syawal kita berlebih-lebihan tak? Mengalahkan orang yang benar2 menikmati ibadah puasa ke?
3) Banyak mana amalan kita sepanjang tahun?
4) Ramadhan tahun ni? Ada Checklist?
5) Target lepas Ramadhan? Muslim yang mempunyai kualiti tahap...?


Haa...Jom lah kita sama-sama berkerja keras menambah dan memperbaiki setiap amalan kita. Lupakan yang lain (Hal-hal yang boleh melupakan kita untuk takut kepada Allah) supaya kita tak menjadi orang-orang yang rugi. Ramadhan Menghilangkan Keresahan-Infinity Spaces-Oh ALLAH, help me please....



Semoga amalan-amalan kebaikan mahupun kebajikan kita diterima Allah s.w.t. 
Semoga ia dapat membersihkan hati kita daripada kekotoran yang dicemari perasaan hasad dan khayal.
Mengadulah kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui isi hati setiap hambaNya.


Selamat Menjalani Ibadah Puasa! Keep your heart clean & clear .