Aku yang terasing...


....terlarut aku....
dalam kesendirian,

ok menyanyi sekejap. hehe

assalamualaikum semua. inshaaAllah kali ni nak berkongsi kisah suka duka sepanjang keterasingan saya semasa MHS di UM ter'shayang' ini... !!!


tah pape je aku ni. hmm

Haa kat atas ni gambar masa join budak-budak ni terkinja-kinja dalam Dewan Tunku Canselor. over je. mesti ramai lagi yang terpaksa kot. saya pon ikut je la goyang...hoyeah!!! ni time nyanyi lagu 'Pelita' part yang pantang datuk nenek moyang. urgh siapa yang pernah melihat ku di situ, lupakanlah.

First day masa daftar masuk kolej.

sampai je dah macam rusa masuk kampung. bukan tak biasa dengan tempat tengah bandar ni, tapi terkejut melihat suasana yang akan saya hadapi selama 3 tahun. well, boleh kata 7 tahun saya terbiasa bergaul dengan golongan yang full type of muslim. 5 years was at Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar and then 2 years later was at Foundation of Islamic Studies UM, Nilam Puri Kota Bharu. 

dalam bilik pulak masa family dah balik, rasa sedih sangat sebab....
dalam hati cakap, " am i going to live here? oh no....sobs..." saya pun belek t-shirt kolej short sleeve berwarna biru kuning.. again, " am i going to wear this? oh no.....waaaa". segera capai inner hitam untuk disarungkan bagi menutup aurat lenganku. Ya Allah bantulah aku.

Sel 8.

Dalam ramai-ramai orang tu, saya berharap supaya ada kawan rapat yang satu sel dengan saya. After semua beratur by sel, hmm. 'Pernahkah kau merasa, hatimu hampa?' eh nyanyi lagi.

Okay fine. Saya dan Adibah (rakan APIDS nilam puri) sahaja yang bertudung labuh. Masa tu memang ada bawak tudung bidang, tapi MHS kan rushing sangat, so sarung lebih senang dan itu lebih baik. Freshies yang lain  ada certain yang boleh terima and ada yang macam.....oh sabarlah wahai hati :'(

Kalau ada geng sel saya terbaca post ni, maaf sangat-sangat. ini cuma luahan daripada saya bukan nak menyakiti hati sesiapa. dan lagi satu, bukan saya tak bersosial, saya ni pon gila-gila orangnya (kalau dah kenal la...) cuma saya ni jenis yang suka buat kerja sendiri. dan...'shy shy cats'. maaf ya. 

Gangnam Style.

Harem jadah betol. Ada ke masa explorace, PM minta kitorang berjoget gangnam?
memang buruk rupa betul diorang yang terlompat-lompat ni apatah lagi saya yang bertudung labuh ni? cepat-cepat saya ambil port belakang sekali, sembunyi sikit, goyang-goyang tangan je. sudahlah ramai orang kat belakang tunggu turn. hush!

Tak makan 4 hari. 

Ni salah sendiri. haha. Percaya tak? Makan biskut je tau. Sodeh. Saya paling tak suka makan laju-laju. Mau tercekik tak pon membazir sebab tak sempat nak habiskan makanan. Setiap kali roommate balik bilik, dia pelik then tanya, 

" tak makan ke?". 
" err....tak. minum je".
" makanlah sikit, perut kosong nanti la..."
" takpelah terima kasih".

Hari ke berapa entah ke-5 la ya, ada program di Akademi/ Fakulti masing-masing masa tu lah saya berseloroh makan dengan pelahapnya. Alhamdulillah...

Solat.

yang ni Alhamdulillah tak ada masalah. mudah-mudahan semua faham akan kewajipan menunaikan solat. cuma ada rasa sikit tak puas hati bila non-muslim buat bising time muslim sedang solat.

Please behave yourself and give respect. Thanks.

# pasal cheers, kalau boleh JANGAN over dan bercampur kedudukan lelaki dan perempuan. sakit mata teman nengoknya....

# teringat masa tengah seronok bercheers 'lollypop' dengan ecah dan alia, ada beberapa ikhwah KUAZIAN (11th rc) kenalan dari nilam puri tegur  "amboi, tiga-tiga semangat!"  cis. malunya teramat sangat !



jamuan hari raya kinabalu 8th RC.
Last atas ni gambar saya dengan rakan satu sel, Teoh ( Law student ) dan Jay, my bestfriend. Teoh yang paling rapat dengan saya sepanjang MHS. Thanks, my dear Teoh!

SEKIAN.






Ulangtahun Sayang


^__________________^ konichiwa mina-san !
Alhamdulillah setelah berkurun menyepi, setelah janji dicapati. These are some pictures sempena birthday Jalilah hari tu. Memang menjadilah plan kitorang, walaupun agak kalut dan ribut sikit tetapi still berjaya operasi prank last minute nih. huhu.

Nak diceritakan memang panjanggg.
Asalnya sembang je lebih bla bla dalam Facebook. Jumpa face to face pun tidak. Esoknya dah lah last paper, tak sempat nak fikir habis pasal suprise birthday party ni. Jadi ke tak? Jadi ke tak?

Habis je exam, terus balik kolej, naik motor dengan Ecah pergi ke Tasik Varsiti untuk tolong Fit and Rita buat preparation hidangan koktail. Fatin Fatimah dengan Atiqah pergi rushing beli KFC. And Fatin Hanani pula terpaksa berlakon dengan pak cik teksi sekali kononnya nak ajak Jay keluar. HAHA.

# Ok, pendek cerita. Bila Fatin and Jay sampai je kat TV (konon Fatin nak jumpa seseorang), kitorang semua serangggg Jay senyap-senyap....

# suprised
# Ni kek perisa Black Forest kegemaran Jay. 
Thanks Fatin Fatimah coz belikan dekat Mid Valley.hehe

After potong kek, ada sesi rakaman video peribadi kitorang dan masa menjamu selera bersama koktail dan ayam KFC.  Burrpp alhamdulillah again.


# jay memotong kek perisa black forest

# Ha. Ini tak tahu apa motifnya. Saja bersuka-ria dengan kamera. Memang fun habislah petang tu. Release tension betul. Beratus-ratus gambar captured. Alhamdulillah....

Terima kasih korang yang sudi setia datang membantu especially Fatimah, Fitriah, Fatin, Ecah, Khadijah, Atiqah and Rita. Tak lupa jugak tetamu istimewa, Syuhadiah. Tetamu jalanan tanpa santapan, Kak Nida. Juga sahabat-sahabat lain, Syahira, Akmal dan Raudhah yang tak dapat datang tapi still bagi sokongan. 

# sesi melaram

# Ok last. Simply, semoga Nor Jalilah sentiasa diberkati Allah S.W.T, hadapilah kehidupan dengan lebih matang dan semoga seluruh umurmu dimanfaatkan untuk agama dan ummah. 

InshaaAllah amin Ya Rabbal 'Alamin.

# oil painting konon






Planning A Plan

MUAHAHAHA....

Kejamnya bunyi. Anyway, we are planning something to celebrate our bestfriend because.... 16th January 2013 is not her birthday !!! Yeay !!! Eh? Haha ulangtahun hari jadi dia 17hb Jan 2013 la. That's why kitorang cadang nak sambut awal sehari sebab kemungkinan besar ramai yang akan balik 16hb tu. Hari ni lah ye? Hee. Ni hah conversation pasal planning untuk birthday girl sorang ni.

Fatin Fatimah pencetus nya. HAHA

Nak jumpa pulak. Yelah tak puas bincang dengan tulisan.


Masalah. Fatin Fatimah tak nak layan 'birthday girl' ^__^




Hal transport


Pasal makanan dan tema <3


Planning Cik Double Fatins. ^___^ Fatin Fatimah and Fatin Hanani


Okay last. Mereka yang join. Including Akmal :)

Hopefully, Cik Jalilah tak baca lah post ni. haha of course, esok exam start pagi-pagi. Eh? Pagi ni lah ! Oh Allah. Okay, doakan kitorang semua nak menjawab last paper ya~ Thanks.

# Malam nanti post pasal Birthday Celebration ! Yeay, harap menjadi. Amin hehe ^_____^


EXAM MODE # 01

Ehem.

Mode : Final exam 1st semester.


Facebook status :

02 JAN 13 # Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadangkala sesorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seorang yang cerdas tetapi pemalas. (Hamka)

Update Information Skills Course Examination, it wasn't bad. Alhamdulillah still can answered the questions walaupun tak sure either its correct or not. haha. And I was sitting at the back with my bestfriends, nombor tempat duduk 16_ something la. Tak ingat. But still again, kitorang akan menggedik snap gambar sekejap after lecturers kutip answer sheets. Lepas tu, naik motor dengan Ecah, lunch kat 12th RC sambil main halau-halau kucing. Kucing nak join makan sekali. haha. and then, someone text me, 'petang ni ada kelas Kalam." And I replied, 'eh? kena bawa buku? kelas satu jam?'. Then, dia replied, 'sorry, salah tekan nombor'. Huh, siapalah ni ! Anyway, it was a good first day....


03 JAN 13 # I was drinking vanilla tea with honey and raisins, to digest the facts of those civilizations. Does it works ? Impossible @_@'.

Alhamdulillah again. Hari ni subject TITAS ( Islamic and Asian Civilization ). Apa yang ku baca, masuk dalam exam. Cuma ada certain last questions yang saya teragak-agak sikit nak menjawabnya. Well, tengoklah status kat atas tu. Buat revision sampai malam buta dah menjengah ke pagi. Konfem tak hadam semua nak ingat kan? But still. Dapat jawab, inshaaAllah yakin ! Yakin! Hehe ^__^


07 JAN 13 # Boleh dikatakan semua orang tahu ramuan yang diperlukan untuk melakar kejayaan, tetapi masalahnya, mereka tidak sanggup untuk membayar harganya. Membayar harga sebuah kejayaan dengan sanggup berkorban masa, tenaga, keseronokan dan wang ringgit. 

Ohoi, sanggupkah ? Esok paper Usuluddin, baca nota randomly. eh ?


Ya. Ini kali lah, subjek Introduction to Usuluddin pula...haaaa ini kali lagi lah, pening kepala sangat sangat sangat. Mula-mula memang baca nota random je. tapi bila kawan-kawan semua dok pulun, aku pon ape lagi..  Adoi dah lah dalam kuliah tak berapa nak fokus. Padan muka! Tapi takpe, as usual, i'm still Syafiqah. Always can. Yeah~ Ehm on the examination day, i was so damn being fooled by someone that forced me to read hardly his note. Grrrr. Apa yang sebati dalam kepala ku tak dapat diterjemahkan di atas helaian kertas jawapan. Sudahnya saya terlalu menfokuskan soalan dan jawapan sehingga lalai. lalai baca arahan. HAHA. Telah ku sekalikan jawapan ku tanpa mengasingkan buku jawapan. Adoi ! 15 minutes more before time's up, baru saya tersedar daripada lamunan. Tengok kiri tengok kanan. depan belakang semua saya jeling. Habis aku. Habis. Argh!


10 JAN 13 # Okay. Kali ni tak ada status FB yang saya UPDATE.

Apakah alasannya? Hari ni 2 paper oooiiiiii.... Islamic Theology and Islamic Creeds. Setiap saat adalah berharga sehari sebelum exam. Haha baru nak kelam-kabut. Dah serabut, bercampur-campur nota dan fahaman. Ada yang tak tercapai di akal. Nasib beza kedua-dua subjek adalah bahasanya. Malay and Arabic. Alah, bab Arabic yang paling lemah tu. Nak menangis rasanya. Bila jumpa arab, memang tak tenteram lah aku. Actually, my arabic language is not so good. Maybe, too bad. Hee. Apa pun, tawakkal saja lah. Subjek Ilmu Kalam, Alhamdulillah sangat-sangat. But, Aqaid Islamiyyah....fifty-fifty. (T__T)


16 JAN 13 # Okay. Ni pon bukan status. Ni cerita yang boring di pagi hari. Pagi ni (semasa entri ini di'edit'), saya sedang lepak sebentar setelah menelaah sepanjang malam. Well, I like to be an owl. Sometime. InshaaAllah jam 8.30 pagi karang (nanti), i will fight against my last paper. Last. Finally. Contemporary of Akidah. Doakan ya, terima kasih banyak-banyak (~___^)

LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. The most easier paper I thought. haha. Tahniah semua dah habis jawab exam. Tamatlah sudah perang kita. Jom lah bersuka ria. yeay !!! Eh? Jangan lupa doa tau. Doa doa banyak-banyak. InshaaAllah najah. Ameen Ya Rabb.


Jadual exam. Huhu




Mohon maaf kepada semua kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini atau yang membaca entri tah pape ni. Maklumlah, diri yang kerdil ini terkadang tak sengaja berbuat salah, tapi selalunya sengaja...hehe. Adat bergurau, maaf kalau ada yang tak selesa atau menyampah. Tolong doakan saya dan sahabat-sahabat lain supaya diberi kefahaman yang luas dalam menuntut ilmu dan mudah urusan menjawab soalan peperiksaan. 

Selamat menghadapi imtihan ya sahabat-sahabat. Moga najah di dunia serta di akhirat. In shaa Allah, amin Ya Rabbal 'Alamin :)


Credit : Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya



Sekian, terima kasih.





Tak boleh menangis


Entah apa-apa je tajuk.
Tapi series, tajuk tu betul. Dah dua hari saya tak boleh menangis. Ya Allah, tak tahu nak describe macam mana. Cuba bayangkan apa yang saya alami. Perasaan sedih ada, tapi tak boleh diekspresikan dengan wajah dan tak boleh keluar air mata dan tak ada rasa sebak. Padahal tengah sedih ni, hanya mulut yang mampu berkata, " Aku sedih." dengan muka yang sangat blur.

Ya Rabbi, 
dugaan apa lagi kau beri ke atasku?

Hati aku bermonolog. Lepas satu, satu. Dan masalah masih berterusan, belum sampai hujungnya, datang masalah baru. Series cakap, tak boleh study. Tak boleh. Ini memang satu perasaan yang sangat aneh. " Mungkin gangguan jin atau syaitan? Mungkin sekarang aku dalam fasa lemah? ". Apa pun kat sini, mungkin ada sesuatu yang Allah nak bagi saya sedar. Macam post yang sebelum ni, # Sharing Moment... saya telah diuji dalam minggu study week yang hakikatnya beberapa hari sahaja lagi saya akan menghadapi final exam. Pernah saya terfikir, adakah sebab aku dah banyak sangat menangis, sampai air mata aku habis? 

Sesi menangis di UM, Nilam Puri


Hmm. Sangat menyiksakan. Seolah-olah perasaan sedih kau terkunci jauh dalam lubuk hati, air mata kau kering berdarah beku, jeritan perit tersekat dalam kerongkong.

Jauh di sudut dalamanku, aku meronta-ronta,
" Aku nak nangis laaaaaaaaaaaaahhhhhhh!!!!! Cepatlah nangis, cepatlah..... "
Siksanya bila sedih tapi tak mampu menangis. Terkadang aku fikir, masih waraskah aku? Masih hidupkah aku di alam nyata? Pergi kau syaitan, jauh-jauh, jangan ganggu aku!

Satu malam, aku duduk di atas sejadah, termangu diam membisu, hati aku perit, sebab aku nak mengadu masalah kepada Allah, tapi tak terluah. Seperti berbicara kosong, tanpa suara, tanpa rasa. Aku termenung, beristighfar berkali-kali, Astaghfirullahal'Adzim Alladzi Laa Ilaaha illa Huwal Hayyun Qayyum wa Atuubu ilaih...berkali-kali. Semakin lama, semakin perlahan, dan perlahan dan terus hilang tanpa suara, mata terpejam dengan tubuh yang berbalut telekung. Letih.

" Akak, kita dah dua hari tak boleh nangis. Tolonglah, nak buat apa lagi ni, kak? "

" Baca Al-Quran...dengan maknanya sekali. Bila kita faham makna, in shaa Allah rasa sebak tu akan hadir sendiri."

" Tapi saya dah cuba...tak jadi juga....."

" Zikir banyak-banyak. Sentiasa dengar zikir dan selawat.... 'solaatun bissalaamil mubin...'..hehe."

Sempat lagi Kak Husna buat saya tertawa sekejap.

" Hmm....sebenarnya sepanjang minggu ni kita ada masalah, alhamdulillah sepanjang tu juga air mata ni masih boleh keluar. Tapi pelik, sejak semalam sampai sekarang, tiba-tiba kita tak boleh menangis. "

" Buat apa yang akak cakap tadi. In shaa Allah..."

" Hmm okay. Terima kasih, kak."

Lantas, aku terus capai sebuah buku yang mengandungi Surah-surah dari juz 28,29,30, hadiah pemberian sahabatku, Qayyum Hana. 

Aku mula baca ayat-ayatnya, beserta maksud. Kemudian, perasaan sebak datang perlahan-lahan, 'lagi sikit, Syafiqah...'. Aku dengar pula zikir terapi berulang-ulang. Air mata sudah mula bergenang, tapi masih belum mahu turun. ' Apa sebenarnya masalah aku ni? '

" Mungkin hang ada buat something yang jadikan hati hang keras...cuba hang ingat balik...", kata sahabat saya, Fatin Hanani.

Saya pun muhasabah diri. Mungkin ada, tapi tak pasti. Ya Allah, ampunkanlah aku....aku hamba yang lemah selalu berbuat salah. Saya nak bercerita kepada Allah tapi, tiada kata-kata lagi yang mampu saya ungkap, mulut seolah-olah terkunci. Senyap. Saya capai pula henset, buka senarai lagu dalam music folder. Then, scroll down.......mencari-cari satu lagu. Hah, ni dia.

" Detik waktu terus berjalan, berhias gelap dan terang...
suka dan duka,  tangis dan tawa,  tergores bagai lukisan...
seribu mimpi berjuta sepi, hadir bagai teman sejati, 
di antara lelahnya jiwa, dalam resah dan air mata....
ku persembahkan kepada-Mu yang terindah dalam hidupku.

Meskiku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepada-Mu...
namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu...
maafkanlah bila hati, tak sempurna mencintaimu...
dalam dada, ku harap hanya diri-Mu yang bertakhta. "

Subhanallah, dengan derasnya air mata jatuh berjurai, menitis laju membasahi pipi dan tangan, terasa hangat, terasa perit mata. Nikmatnya sangat sangat sangat terasa lain. Ya Allah, cuma dua hari. Dua hari Allah tarik nikmat air mata. Itu pun dah siksa. Apatah lagi jika nikmat-nikmat lain ? 

Ya, lagu tu bertajuk Rapuh. Mungkin hati ini terlalu rapuh dalam menggapai cinta-Nya. Hati jadi keras sekejap, tapi benar-benar siksa sebab saya tak minta untuk dikeraskan hati ini. Allah yang bagi, saya redha. Tapi saya sedih, sebab saya sendiri tak mampu nak lembutkannya. Bait-bait lirik tersebut menusuk ke dalam telinga, sama seperti apa yang saya nak luah kepada-Nya. 

Dalam sebuah masjid di Kota Bharu, Kelantan


Lelahnya jiwa dalam resah dan air mata. Meskipun rapuh, kadang aku juga terlupa kepada-Mu, aku tak setia dengan-Mu, aku terleka. Maafkanlah Ya Allah, bila hati ku tak sempurna mencintai-Mu, suburkanlah imanku terhadap-Mu, tetapkanlah aku di jalan-Mu, pimpinlah aku dalam ajar-Mu, bawalah aku menuju redha-Mu, rahmatilah aku. # Anda juga telah sama-sama berdoa #

Alhamdulillah, terima kasih Allah. Kau telah kembalikan nikmat air mataku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta Maha Penerima taubat hamba-hamba-Mu yang hina ini. 

Sekian.

# saya cerita untuk dikongsikan sebagai satu pengalaman yang indah dalam hidup saya sebenarnya, seterusnya sebagai pengajaran untuk sahabat-sahabat juga. Terima kasih kerana sudi membaca.




Sharing Moment

Alhamdulillah. 

Sepanjang study week ni, banyak pulak ujian yang Allah bagi. Tapi syukurlah, mungkin itu cara supaya saya lebih dekat dengan-Nya. Banyak masa yang boleh diluangkan untuk-Nya. Inilah kesempatan untuk saya sebenarnya. Ujian apa? Itu, biarlah saya simpan sebagai peringatan untuk diri yang lemah ini. Moga diri ini terus kuat dan bersemangat. Alhamdulillah sekali lagi, hari ini hati saya semakin tenang, sampaikan saya rasa pelik, 'Ya Allah, kenapa hari ni aku rasa tenang pula?'

Subhanallah, kuasa dan kasih sayang Allah memang sangat tak terkira. Siapalah saya dalam kalangan manusia, bukan alim ulama' tapi Allah masih memberi ruang untuk saya berdating dengan-Nya sehinggalah saya bernafas dengan tenang hari ini. Sekali lagi, mungkin ada hikmah di sebalik ujian Allah. Semakin hebat diuji, semakin kuat rasa kehambaan saya terhadapNya.

Alhamdulillah, saya sempat berkongsi masalah dengan beberapa orang sahabat yang setia mendengar dan sanggup meluangkan masa untuk saya. Sahabat-sahabat semua dah sumbangkan pendapat dan nasihat yang sangat memberi motivasi dan penguat kepada saya untuk lebih percaya diri sendiri dan sentiasa bergantung harap kepada Allah Subhanahu Wata'ala. In shaa Allah.


# LOVE THEM SO MUCH #

Mereka yang sharing moment dengan saya ^_^

Untungnya saya sebab ada mereka. Mereka sangat-sangat ambil berat tentang saya. Do really appreciate all of you. Banyak kali mereka pesan, sentiasa taqarrub ila Allah....iaitu menghampiri Allah. Ya, juga mengingati Allah sentiasa tak kira masa kita susah atau pun senang. 

Kan Allah S.W.T ada berfirman dalam Surah Ar-Ra'd : Ayat 28,

" ......Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang." 

Ya Allah, rahmatilah kami semua. Permudahkanlah urusan kami. Peliharalah kami dalam sebaik-baik pemeliharaan-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang <3