....terlarut aku....
dalam kesendirian,
ok menyanyi sekejap. hehe
assalamualaikum semua. inshaaAllah kali ni nak berkongsi kisah suka duka sepanjang keterasingan saya semasa MHS di UM ter'shayang' ini... !!!
tah pape je aku ni. hmm |
Haa kat atas ni gambar masa join budak-budak ni terkinja-kinja dalam Dewan Tunku Canselor. over je. mesti ramai lagi yang terpaksa kot. saya pon ikut je la goyang...hoyeah!!! ni time nyanyi lagu 'Pelita' part yang pantang datuk nenek moyang. urgh siapa yang pernah melihat ku di situ, lupakanlah.
First day masa daftar masuk kolej.
sampai je dah macam rusa masuk kampung. bukan tak biasa dengan tempat tengah bandar ni, tapi terkejut melihat suasana yang akan saya hadapi selama 3 tahun. well, boleh kata 7 tahun saya terbiasa bergaul dengan golongan yang full type of muslim. 5 years was at Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar and then 2 years later was at Foundation of Islamic Studies UM, Nilam Puri Kota Bharu.
dalam bilik pulak masa family dah balik, rasa sedih sangat sebab....
dalam hati cakap, " am i going to live here? oh no....sobs..." saya pun belek t-shirt kolej short sleeve berwarna biru kuning.. again, " am i going to wear this? oh no.....waaaa". segera capai inner hitam untuk disarungkan bagi menutup aurat lenganku. Ya Allah bantulah aku.
Sel 8.
Dalam ramai-ramai orang tu, saya berharap supaya ada kawan rapat yang satu sel dengan saya. After semua beratur by sel, hmm. 'Pernahkah kau merasa, hatimu hampa?' eh nyanyi lagi.
Okay fine. Saya dan Adibah (rakan APIDS nilam puri) sahaja yang bertudung labuh. Masa tu memang ada bawak tudung bidang, tapi MHS kan rushing sangat, so sarung lebih senang dan itu lebih baik. Freshies yang lain ada certain yang boleh terima and ada yang macam.....oh sabarlah wahai hati :'(
Kalau ada geng sel saya terbaca post ni, maaf sangat-sangat. ini cuma luahan daripada saya bukan nak menyakiti hati sesiapa. dan lagi satu, bukan saya tak bersosial, saya ni pon gila-gila orangnya (kalau dah kenal la...) cuma saya ni jenis yang suka buat kerja sendiri. dan...'shy shy cats'. maaf ya.
Gangnam Style.
Harem jadah betol. Ada ke masa explorace, PM minta kitorang berjoget gangnam?
memang buruk rupa betul diorang yang terlompat-lompat ni apatah lagi saya yang bertudung labuh ni? cepat-cepat saya ambil port belakang sekali, sembunyi sikit, goyang-goyang tangan je. sudahlah ramai orang kat belakang tunggu turn. hush!
Tak makan 4 hari.
Ni salah sendiri. haha. Percaya tak? Makan biskut je tau. Sodeh. Saya paling tak suka makan laju-laju. Mau tercekik tak pon membazir sebab tak sempat nak habiskan makanan. Setiap kali roommate balik bilik, dia pelik then tanya,
" tak makan ke?".
" err....tak. minum je".
" makanlah sikit, perut kosong nanti la..."
" takpelah terima kasih".
Hari ke berapa entah ke-5 la ya, ada program di Akademi/ Fakulti masing-masing masa tu lah saya berseloroh makan dengan pelahapnya. Alhamdulillah...
Solat.
yang ni Alhamdulillah tak ada masalah. mudah-mudahan semua faham akan kewajipan menunaikan solat. cuma ada rasa sikit tak puas hati bila non-muslim buat bising time muslim sedang solat.
Please behave yourself and give respect. Thanks.
# pasal cheers, kalau boleh JANGAN over dan bercampur kedudukan lelaki dan perempuan. sakit mata teman nengoknya....
# teringat masa tengah seronok bercheers 'lollypop' dengan ecah dan alia, ada beberapa ikhwah KUAZIAN (11th rc) kenalan dari nilam puri tegur "amboi, tiga-tiga semangat!" cis. malunya teramat sangat !
# teringat masa tengah seronok bercheers 'lollypop' dengan ecah dan alia, ada beberapa ikhwah KUAZIAN (11th rc) kenalan dari nilam puri tegur "amboi, tiga-tiga semangat!" cis. malunya teramat sangat !
jamuan hari raya kinabalu 8th RC. |
Last atas ni gambar saya dengan rakan satu sel, Teoh ( Law student ) dan Jay, my bestfriend. Teoh yang paling rapat dengan saya sepanjang MHS. Thanks, my dear Teoh!
SEKIAN.
No comments:
Post a Comment