Planning A Plan

MUAHAHAHA....

Kejamnya bunyi. Anyway, we are planning something to celebrate our bestfriend because.... 16th January 2013 is not her birthday !!! Yeay !!! Eh? Haha ulangtahun hari jadi dia 17hb Jan 2013 la. That's why kitorang cadang nak sambut awal sehari sebab kemungkinan besar ramai yang akan balik 16hb tu. Hari ni lah ye? Hee. Ni hah conversation pasal planning untuk birthday girl sorang ni.

Fatin Fatimah pencetus nya. HAHA

Nak jumpa pulak. Yelah tak puas bincang dengan tulisan.


Masalah. Fatin Fatimah tak nak layan 'birthday girl' ^__^




Hal transport


Pasal makanan dan tema <3


Planning Cik Double Fatins. ^___^ Fatin Fatimah and Fatin Hanani


Okay last. Mereka yang join. Including Akmal :)

Hopefully, Cik Jalilah tak baca lah post ni. haha of course, esok exam start pagi-pagi. Eh? Pagi ni lah ! Oh Allah. Okay, doakan kitorang semua nak menjawab last paper ya~ Thanks.

# Malam nanti post pasal Birthday Celebration ! Yeay, harap menjadi. Amin hehe ^_____^


EXAM MODE # 01

Ehem.

Mode : Final exam 1st semester.


Facebook status :

02 JAN 13 # Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadangkala sesorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seorang yang cerdas tetapi pemalas. (Hamka)

Update Information Skills Course Examination, it wasn't bad. Alhamdulillah still can answered the questions walaupun tak sure either its correct or not. haha. And I was sitting at the back with my bestfriends, nombor tempat duduk 16_ something la. Tak ingat. But still again, kitorang akan menggedik snap gambar sekejap after lecturers kutip answer sheets. Lepas tu, naik motor dengan Ecah, lunch kat 12th RC sambil main halau-halau kucing. Kucing nak join makan sekali. haha. and then, someone text me, 'petang ni ada kelas Kalam." And I replied, 'eh? kena bawa buku? kelas satu jam?'. Then, dia replied, 'sorry, salah tekan nombor'. Huh, siapalah ni ! Anyway, it was a good first day....


03 JAN 13 # I was drinking vanilla tea with honey and raisins, to digest the facts of those civilizations. Does it works ? Impossible @_@'.

Alhamdulillah again. Hari ni subject TITAS ( Islamic and Asian Civilization ). Apa yang ku baca, masuk dalam exam. Cuma ada certain last questions yang saya teragak-agak sikit nak menjawabnya. Well, tengoklah status kat atas tu. Buat revision sampai malam buta dah menjengah ke pagi. Konfem tak hadam semua nak ingat kan? But still. Dapat jawab, inshaaAllah yakin ! Yakin! Hehe ^__^


07 JAN 13 # Boleh dikatakan semua orang tahu ramuan yang diperlukan untuk melakar kejayaan, tetapi masalahnya, mereka tidak sanggup untuk membayar harganya. Membayar harga sebuah kejayaan dengan sanggup berkorban masa, tenaga, keseronokan dan wang ringgit. 

Ohoi, sanggupkah ? Esok paper Usuluddin, baca nota randomly. eh ?


Ya. Ini kali lah, subjek Introduction to Usuluddin pula...haaaa ini kali lagi lah, pening kepala sangat sangat sangat. Mula-mula memang baca nota random je. tapi bila kawan-kawan semua dok pulun, aku pon ape lagi..  Adoi dah lah dalam kuliah tak berapa nak fokus. Padan muka! Tapi takpe, as usual, i'm still Syafiqah. Always can. Yeah~ Ehm on the examination day, i was so damn being fooled by someone that forced me to read hardly his note. Grrrr. Apa yang sebati dalam kepala ku tak dapat diterjemahkan di atas helaian kertas jawapan. Sudahnya saya terlalu menfokuskan soalan dan jawapan sehingga lalai. lalai baca arahan. HAHA. Telah ku sekalikan jawapan ku tanpa mengasingkan buku jawapan. Adoi ! 15 minutes more before time's up, baru saya tersedar daripada lamunan. Tengok kiri tengok kanan. depan belakang semua saya jeling. Habis aku. Habis. Argh!


10 JAN 13 # Okay. Kali ni tak ada status FB yang saya UPDATE.

Apakah alasannya? Hari ni 2 paper oooiiiiii.... Islamic Theology and Islamic Creeds. Setiap saat adalah berharga sehari sebelum exam. Haha baru nak kelam-kabut. Dah serabut, bercampur-campur nota dan fahaman. Ada yang tak tercapai di akal. Nasib beza kedua-dua subjek adalah bahasanya. Malay and Arabic. Alah, bab Arabic yang paling lemah tu. Nak menangis rasanya. Bila jumpa arab, memang tak tenteram lah aku. Actually, my arabic language is not so good. Maybe, too bad. Hee. Apa pun, tawakkal saja lah. Subjek Ilmu Kalam, Alhamdulillah sangat-sangat. But, Aqaid Islamiyyah....fifty-fifty. (T__T)


16 JAN 13 # Okay. Ni pon bukan status. Ni cerita yang boring di pagi hari. Pagi ni (semasa entri ini di'edit'), saya sedang lepak sebentar setelah menelaah sepanjang malam. Well, I like to be an owl. Sometime. InshaaAllah jam 8.30 pagi karang (nanti), i will fight against my last paper. Last. Finally. Contemporary of Akidah. Doakan ya, terima kasih banyak-banyak (~___^)

LISTEN ! LISTEN ! LISTEN ! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. The most easier paper I thought. haha. Tahniah semua dah habis jawab exam. Tamatlah sudah perang kita. Jom lah bersuka ria. yeay !!! Eh? Jangan lupa doa tau. Doa doa banyak-banyak. InshaaAllah najah. Ameen Ya Rabb.


Jadual exam. Huhu




Mohon maaf kepada semua kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini atau yang membaca entri tah pape ni. Maklumlah, diri yang kerdil ini terkadang tak sengaja berbuat salah, tapi selalunya sengaja...hehe. Adat bergurau, maaf kalau ada yang tak selesa atau menyampah. Tolong doakan saya dan sahabat-sahabat lain supaya diberi kefahaman yang luas dalam menuntut ilmu dan mudah urusan menjawab soalan peperiksaan. 

Selamat menghadapi imtihan ya sahabat-sahabat. Moga najah di dunia serta di akhirat. In shaa Allah, amin Ya Rabbal 'Alamin :)


Credit : Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya



Sekian, terima kasih.





Tak boleh menangis


Entah apa-apa je tajuk.
Tapi series, tajuk tu betul. Dah dua hari saya tak boleh menangis. Ya Allah, tak tahu nak describe macam mana. Cuba bayangkan apa yang saya alami. Perasaan sedih ada, tapi tak boleh diekspresikan dengan wajah dan tak boleh keluar air mata dan tak ada rasa sebak. Padahal tengah sedih ni, hanya mulut yang mampu berkata, " Aku sedih." dengan muka yang sangat blur.

Ya Rabbi, 
dugaan apa lagi kau beri ke atasku?

Hati aku bermonolog. Lepas satu, satu. Dan masalah masih berterusan, belum sampai hujungnya, datang masalah baru. Series cakap, tak boleh study. Tak boleh. Ini memang satu perasaan yang sangat aneh. " Mungkin gangguan jin atau syaitan? Mungkin sekarang aku dalam fasa lemah? ". Apa pun kat sini, mungkin ada sesuatu yang Allah nak bagi saya sedar. Macam post yang sebelum ni, # Sharing Moment... saya telah diuji dalam minggu study week yang hakikatnya beberapa hari sahaja lagi saya akan menghadapi final exam. Pernah saya terfikir, adakah sebab aku dah banyak sangat menangis, sampai air mata aku habis? 

Sesi menangis di UM, Nilam Puri


Hmm. Sangat menyiksakan. Seolah-olah perasaan sedih kau terkunci jauh dalam lubuk hati, air mata kau kering berdarah beku, jeritan perit tersekat dalam kerongkong.

Jauh di sudut dalamanku, aku meronta-ronta,
" Aku nak nangis laaaaaaaaaaaaahhhhhhh!!!!! Cepatlah nangis, cepatlah..... "
Siksanya bila sedih tapi tak mampu menangis. Terkadang aku fikir, masih waraskah aku? Masih hidupkah aku di alam nyata? Pergi kau syaitan, jauh-jauh, jangan ganggu aku!

Satu malam, aku duduk di atas sejadah, termangu diam membisu, hati aku perit, sebab aku nak mengadu masalah kepada Allah, tapi tak terluah. Seperti berbicara kosong, tanpa suara, tanpa rasa. Aku termenung, beristighfar berkali-kali, Astaghfirullahal'Adzim Alladzi Laa Ilaaha illa Huwal Hayyun Qayyum wa Atuubu ilaih...berkali-kali. Semakin lama, semakin perlahan, dan perlahan dan terus hilang tanpa suara, mata terpejam dengan tubuh yang berbalut telekung. Letih.

" Akak, kita dah dua hari tak boleh nangis. Tolonglah, nak buat apa lagi ni, kak? "

" Baca Al-Quran...dengan maknanya sekali. Bila kita faham makna, in shaa Allah rasa sebak tu akan hadir sendiri."

" Tapi saya dah cuba...tak jadi juga....."

" Zikir banyak-banyak. Sentiasa dengar zikir dan selawat.... 'solaatun bissalaamil mubin...'..hehe."

Sempat lagi Kak Husna buat saya tertawa sekejap.

" Hmm....sebenarnya sepanjang minggu ni kita ada masalah, alhamdulillah sepanjang tu juga air mata ni masih boleh keluar. Tapi pelik, sejak semalam sampai sekarang, tiba-tiba kita tak boleh menangis. "

" Buat apa yang akak cakap tadi. In shaa Allah..."

" Hmm okay. Terima kasih, kak."

Lantas, aku terus capai sebuah buku yang mengandungi Surah-surah dari juz 28,29,30, hadiah pemberian sahabatku, Qayyum Hana. 

Aku mula baca ayat-ayatnya, beserta maksud. Kemudian, perasaan sebak datang perlahan-lahan, 'lagi sikit, Syafiqah...'. Aku dengar pula zikir terapi berulang-ulang. Air mata sudah mula bergenang, tapi masih belum mahu turun. ' Apa sebenarnya masalah aku ni? '

" Mungkin hang ada buat something yang jadikan hati hang keras...cuba hang ingat balik...", kata sahabat saya, Fatin Hanani.

Saya pun muhasabah diri. Mungkin ada, tapi tak pasti. Ya Allah, ampunkanlah aku....aku hamba yang lemah selalu berbuat salah. Saya nak bercerita kepada Allah tapi, tiada kata-kata lagi yang mampu saya ungkap, mulut seolah-olah terkunci. Senyap. Saya capai pula henset, buka senarai lagu dalam music folder. Then, scroll down.......mencari-cari satu lagu. Hah, ni dia.

" Detik waktu terus berjalan, berhias gelap dan terang...
suka dan duka,  tangis dan tawa,  tergores bagai lukisan...
seribu mimpi berjuta sepi, hadir bagai teman sejati, 
di antara lelahnya jiwa, dalam resah dan air mata....
ku persembahkan kepada-Mu yang terindah dalam hidupku.

Meskiku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepada-Mu...
namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu...
maafkanlah bila hati, tak sempurna mencintaimu...
dalam dada, ku harap hanya diri-Mu yang bertakhta. "

Subhanallah, dengan derasnya air mata jatuh berjurai, menitis laju membasahi pipi dan tangan, terasa hangat, terasa perit mata. Nikmatnya sangat sangat sangat terasa lain. Ya Allah, cuma dua hari. Dua hari Allah tarik nikmat air mata. Itu pun dah siksa. Apatah lagi jika nikmat-nikmat lain ? 

Ya, lagu tu bertajuk Rapuh. Mungkin hati ini terlalu rapuh dalam menggapai cinta-Nya. Hati jadi keras sekejap, tapi benar-benar siksa sebab saya tak minta untuk dikeraskan hati ini. Allah yang bagi, saya redha. Tapi saya sedih, sebab saya sendiri tak mampu nak lembutkannya. Bait-bait lirik tersebut menusuk ke dalam telinga, sama seperti apa yang saya nak luah kepada-Nya. 

Dalam sebuah masjid di Kota Bharu, Kelantan


Lelahnya jiwa dalam resah dan air mata. Meskipun rapuh, kadang aku juga terlupa kepada-Mu, aku tak setia dengan-Mu, aku terleka. Maafkanlah Ya Allah, bila hati ku tak sempurna mencintai-Mu, suburkanlah imanku terhadap-Mu, tetapkanlah aku di jalan-Mu, pimpinlah aku dalam ajar-Mu, bawalah aku menuju redha-Mu, rahmatilah aku. # Anda juga telah sama-sama berdoa #

Alhamdulillah, terima kasih Allah. Kau telah kembalikan nikmat air mataku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta Maha Penerima taubat hamba-hamba-Mu yang hina ini. 

Sekian.

# saya cerita untuk dikongsikan sebagai satu pengalaman yang indah dalam hidup saya sebenarnya, seterusnya sebagai pengajaran untuk sahabat-sahabat juga. Terima kasih kerana sudi membaca.




Sharing Moment

Alhamdulillah. 

Sepanjang study week ni, banyak pulak ujian yang Allah bagi. Tapi syukurlah, mungkin itu cara supaya saya lebih dekat dengan-Nya. Banyak masa yang boleh diluangkan untuk-Nya. Inilah kesempatan untuk saya sebenarnya. Ujian apa? Itu, biarlah saya simpan sebagai peringatan untuk diri yang lemah ini. Moga diri ini terus kuat dan bersemangat. Alhamdulillah sekali lagi, hari ini hati saya semakin tenang, sampaikan saya rasa pelik, 'Ya Allah, kenapa hari ni aku rasa tenang pula?'

Subhanallah, kuasa dan kasih sayang Allah memang sangat tak terkira. Siapalah saya dalam kalangan manusia, bukan alim ulama' tapi Allah masih memberi ruang untuk saya berdating dengan-Nya sehinggalah saya bernafas dengan tenang hari ini. Sekali lagi, mungkin ada hikmah di sebalik ujian Allah. Semakin hebat diuji, semakin kuat rasa kehambaan saya terhadapNya.

Alhamdulillah, saya sempat berkongsi masalah dengan beberapa orang sahabat yang setia mendengar dan sanggup meluangkan masa untuk saya. Sahabat-sahabat semua dah sumbangkan pendapat dan nasihat yang sangat memberi motivasi dan penguat kepada saya untuk lebih percaya diri sendiri dan sentiasa bergantung harap kepada Allah Subhanahu Wata'ala. In shaa Allah.


# LOVE THEM SO MUCH #

Mereka yang sharing moment dengan saya ^_^

Untungnya saya sebab ada mereka. Mereka sangat-sangat ambil berat tentang saya. Do really appreciate all of you. Banyak kali mereka pesan, sentiasa taqarrub ila Allah....iaitu menghampiri Allah. Ya, juga mengingati Allah sentiasa tak kira masa kita susah atau pun senang. 

Kan Allah S.W.T ada berfirman dalam Surah Ar-Ra'd : Ayat 28,

" ......Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang." 

Ya Allah, rahmatilah kami semua. Permudahkanlah urusan kami. Peliharalah kami dalam sebaik-baik pemeliharaan-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang <3




Bila Cakap Pasal Nikah



NIKAH. nikah. nikah.
Hapasal lah semua orang sibuk sangat nak menikah? (okay, such a stupid question)
Actually, adat menikah ni dah jadi trend anak muda zaman sekarang, terutamanya daripada kalangan pelajar universiti/kolej. Eh?...it's not just a trend, but also a need,  I thought. Yelah bagus lah jugak kan pasal 'budak-budak' sekarang memang kebanyakannya liar. In the other side, mungkin diorang ada their own reasons untuk kahwin. Something better. Saya tak nafikan bahawa ada sesetengah pandangan masyarakat yang menganggap perkara ini sebagai satu isu atau masalah yang besar. Because, nanti ada yang persoalkan tentang masalah kewangan, study, that can't make you concentrate at all, ada yang kata budak kahwin awal ni tak reti nak bahagi masa untuk belajar, masa untuk family, masa untuk their partner and so on. Then ada juga yang kata, lagi masalah kalau si isteri tu pregnant. Kau nak bawak perut yang boyot tu pegi class? 

#Petikan dialog dalam drama Vanilla Coklat : (lebih kurang la ye...)
  " Eh? Kau gila apa nak kahwin awal? Nanti tak pasal-pasal orang mengata kau dah terlanjur..."


Ini Asfirdaus Asri. Suami Maria Elena # Masa nikah.


# Itulah al-kisah bila cakap pasal nikah.

But,
ada sesetengah orang bukan main sukaaaaaaaa sangat bila sebut topik ni. # Saya tak. # okay.
Tengok jelah kat Facebook sekarang, dah ada macam-macam pages pasal nikah. Contohnya, Aku Terima Nikahnya lah, Bercinta selepas kahwin lah, entah apa lagi tak tau. Ini menunjukkan yang bab nikah ni memang antara yang menjadi favourite anak muda sekarang, especially perempuan. Eh? Lelaki pun ada tau.... Ya, memang bagus kalau budak-budak sekarang dah ada kesedaran tentang tanggungjawab untuk bernikah. Mungkin dengan isu ni, mereka akan lebih terdedah tentang keburukan ber'couple' , akibat berzina, kelebihan nikah, dan the most important, mereka tahu pasal halal haram. 

So, the main point kat sini nak beritahu, semua orang mesti ada rasa tanggungjawab tentang perihal mendirikan rumahtangga ni. Ibu bapa perlu ambil tahu hal anak-anak mereka, kot-kot manalah tahu ada yang sibuk bercintan-cintun, kasi je budak-budak tu kahwin, tapi biarlah cukup syaratnya. Janganlah budak darjah dua tengah bercinta monyet dah sibuk paksa kahwin, haha itu masalah lain pula. Masalah akhlak. Hmm, kakak abang pun bolehlah bagi nasihat kat adik-adik kalau nampak mereka tengah angau atau dok syok dengan pakwe makwe. Ajar sikit supaya tahu peranan muslim macam mana. Ikut saluran yang betul, yang syariat dah gariskan panduan. Kalau dah betul suka, minat gila, apa salahnya kau kahwin je. Senang cerita. Pasal duit, in shaa Allah parents boleh bantu sikit-sikit, yang lain serah pada Allah Ta'ala. 

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur : Ayat 32,

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” 


# Ini pula gambar Maria Elena saat mencium tangan suaminya <3

Maria Elena 

Okay, next.
Peranan pakcik makcik di luar sana pulak? Eh? Jangan mengata pulak. Orang bernikah nak beritahu bahawa satu pasangan telah selamat daripada melakukan maksiat tau. Jangan menambah dosa sendiri ya. Dosa mengumpat. Kalau rasa macam hairan sangat apa pasal mereka kahwin awal, tanya elok-elok, in shaa Allah mereka akan berkongsi cerita dan sebab apa mereka mengambil keputusan untuk berumahtangga. Lebih baik lagi kalau masyarakat bagi sokongan positif terhadap mereka yang nak nikah awal ni. Banyak sangat kebaikannya. Benda yang baik, kita nak pelik, buat apa? Angguk saja, tak perlu nak geleng kepala. Kalau anak buat hal, ha, baru geleng kepala. Itu baru dikira pelik....pelik, ibubapanya tak ajarkah? Ha...terasa tak? Terasa tak? 

Sekali lagi,
# Itulah al-kisah bila cakap pasal nikah.


Happy Ending ^_^

Akhir sekali untuk kali ini, pesanan buat masyarakat sekalian. Bila cakap pasal nikah, ketahuilah bahawa nikah itu adalah menyempurnakan separuh daripada agama kita. 

Sabda Rasulullah S.A.W : 



“Sesiapa yang bernikah, maka ia telah melengkapkan separuh daripada 

agamanya. Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang 

separuhnya lagi” [Hadis Riwayat At-Thabrani dan Hakim] 

Oh lupa! Nikah ni benda yang halal tau tak? Allah sentiasa memberkati hamba-hambaNya yang patuh pada syariat Allah. So, apa lagi masalahnya? InshaaAllah, kehidupan lebih teratur, ibadah jadi  lebih baik, syariat terjaga, rezeki bertambah-tambah, bahagia sampai akhirnya. Tapi, yang kahwin tu pun kena main peranan lah. If kahwin semata-mata, tanggungjawab tak laksanakan, tak berbaloi juga. Bertambah masalah ada. Itulah yang nak difikirkan, yang penting, sebelum bernikah tu, mintalah nasihat dan tunjuk ajar ustaz ustazah atau ibubapa sendiri. Mesti bersedia dari segi fizikal mental, dan juga ilmu pengurusan rumahtangga. And of course, ilmu agama supaya generasi seterusnya lebih soleh dan berakhlak mulia. Amiin # doakan korang.

Wallahu A'lam :)

CREDIT VIDEO : CSTBreed Production 
SCREEN CAPTURED BY : Lidyatun Nisa'



Salam Jumaat #1


Have you done read Surah Al-Kahfi ? 
Because sharing is caring.