Bila Cakap Pasal Nikah



NIKAH. nikah. nikah.
Hapasal lah semua orang sibuk sangat nak menikah? (okay, such a stupid question)
Actually, adat menikah ni dah jadi trend anak muda zaman sekarang, terutamanya daripada kalangan pelajar universiti/kolej. Eh?...it's not just a trend, but also a need,  I thought. Yelah bagus lah jugak kan pasal 'budak-budak' sekarang memang kebanyakannya liar. In the other side, mungkin diorang ada their own reasons untuk kahwin. Something better. Saya tak nafikan bahawa ada sesetengah pandangan masyarakat yang menganggap perkara ini sebagai satu isu atau masalah yang besar. Because, nanti ada yang persoalkan tentang masalah kewangan, study, that can't make you concentrate at all, ada yang kata budak kahwin awal ni tak reti nak bahagi masa untuk belajar, masa untuk family, masa untuk their partner and so on. Then ada juga yang kata, lagi masalah kalau si isteri tu pregnant. Kau nak bawak perut yang boyot tu pegi class? 

#Petikan dialog dalam drama Vanilla Coklat : (lebih kurang la ye...)
  " Eh? Kau gila apa nak kahwin awal? Nanti tak pasal-pasal orang mengata kau dah terlanjur..."


Ini Asfirdaus Asri. Suami Maria Elena # Masa nikah.


# Itulah al-kisah bila cakap pasal nikah.

But,
ada sesetengah orang bukan main sukaaaaaaaa sangat bila sebut topik ni. # Saya tak. # okay.
Tengok jelah kat Facebook sekarang, dah ada macam-macam pages pasal nikah. Contohnya, Aku Terima Nikahnya lah, Bercinta selepas kahwin lah, entah apa lagi tak tau. Ini menunjukkan yang bab nikah ni memang antara yang menjadi favourite anak muda sekarang, especially perempuan. Eh? Lelaki pun ada tau.... Ya, memang bagus kalau budak-budak sekarang dah ada kesedaran tentang tanggungjawab untuk bernikah. Mungkin dengan isu ni, mereka akan lebih terdedah tentang keburukan ber'couple' , akibat berzina, kelebihan nikah, dan the most important, mereka tahu pasal halal haram. 

So, the main point kat sini nak beritahu, semua orang mesti ada rasa tanggungjawab tentang perihal mendirikan rumahtangga ni. Ibu bapa perlu ambil tahu hal anak-anak mereka, kot-kot manalah tahu ada yang sibuk bercintan-cintun, kasi je budak-budak tu kahwin, tapi biarlah cukup syaratnya. Janganlah budak darjah dua tengah bercinta monyet dah sibuk paksa kahwin, haha itu masalah lain pula. Masalah akhlak. Hmm, kakak abang pun bolehlah bagi nasihat kat adik-adik kalau nampak mereka tengah angau atau dok syok dengan pakwe makwe. Ajar sikit supaya tahu peranan muslim macam mana. Ikut saluran yang betul, yang syariat dah gariskan panduan. Kalau dah betul suka, minat gila, apa salahnya kau kahwin je. Senang cerita. Pasal duit, in shaa Allah parents boleh bantu sikit-sikit, yang lain serah pada Allah Ta'ala. 

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur : Ayat 32,

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” 


# Ini pula gambar Maria Elena saat mencium tangan suaminya <3

Maria Elena 

Okay, next.
Peranan pakcik makcik di luar sana pulak? Eh? Jangan mengata pulak. Orang bernikah nak beritahu bahawa satu pasangan telah selamat daripada melakukan maksiat tau. Jangan menambah dosa sendiri ya. Dosa mengumpat. Kalau rasa macam hairan sangat apa pasal mereka kahwin awal, tanya elok-elok, in shaa Allah mereka akan berkongsi cerita dan sebab apa mereka mengambil keputusan untuk berumahtangga. Lebih baik lagi kalau masyarakat bagi sokongan positif terhadap mereka yang nak nikah awal ni. Banyak sangat kebaikannya. Benda yang baik, kita nak pelik, buat apa? Angguk saja, tak perlu nak geleng kepala. Kalau anak buat hal, ha, baru geleng kepala. Itu baru dikira pelik....pelik, ibubapanya tak ajarkah? Ha...terasa tak? Terasa tak? 

Sekali lagi,
# Itulah al-kisah bila cakap pasal nikah.


Happy Ending ^_^

Akhir sekali untuk kali ini, pesanan buat masyarakat sekalian. Bila cakap pasal nikah, ketahuilah bahawa nikah itu adalah menyempurnakan separuh daripada agama kita. 

Sabda Rasulullah S.A.W : 



“Sesiapa yang bernikah, maka ia telah melengkapkan separuh daripada 

agamanya. Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang 

separuhnya lagi” [Hadis Riwayat At-Thabrani dan Hakim] 

Oh lupa! Nikah ni benda yang halal tau tak? Allah sentiasa memberkati hamba-hambaNya yang patuh pada syariat Allah. So, apa lagi masalahnya? InshaaAllah, kehidupan lebih teratur, ibadah jadi  lebih baik, syariat terjaga, rezeki bertambah-tambah, bahagia sampai akhirnya. Tapi, yang kahwin tu pun kena main peranan lah. If kahwin semata-mata, tanggungjawab tak laksanakan, tak berbaloi juga. Bertambah masalah ada. Itulah yang nak difikirkan, yang penting, sebelum bernikah tu, mintalah nasihat dan tunjuk ajar ustaz ustazah atau ibubapa sendiri. Mesti bersedia dari segi fizikal mental, dan juga ilmu pengurusan rumahtangga. And of course, ilmu agama supaya generasi seterusnya lebih soleh dan berakhlak mulia. Amiin # doakan korang.

Wallahu A'lam :)

CREDIT VIDEO : CSTBreed Production 
SCREEN CAPTURED BY : Lidyatun Nisa'



No comments: