The Champion of EURO VS The Great Islam History

Hola !
Assalamualaikum pembaca setia.
(Entri ini menggunakan bahasa baku Malaysia supaya mudah diterjemah.)


Lega rasanya mendapat tahu kemenangan bagi UEFA EURO tahun 2012 berpihak kepada Negara Sepanyol sekali lagi setelah menjuarai UEFA pada tahun 2008. Kehebatan barisan pemain-pemainnya yang menunjukkan prestasi agak cemerlang memang tidak dapat dinafikan. Lebih-lebih lagi, Fernando Torres, David Josue Silva dan Iker Cassilas adalah antara pemain-pemain favourite saya. Memang tidak sia-sia saya menonton perlawanan akhir secara langsung pada pagi 2 Julai itu apatah lagi bila Allah bagi cuti. Tapi, jujur saya hanya menonton siaran langsung pada pembukaan iaitu perlawanan antara Poland dan Greece serta perlawanan akhir Sepanyol menentang Itali. Yang lain saya tonton siaran ulangan =)))

Okay, fullstop.
Bukan mahu cerita panjang lebar pasal bola.
Balik pada tajuk : The Champion of Euro VS The Great Islam History + in Europe.
Apa kena mengena bola dengan tajuk di atas ?

Saya dah tulis tadi, "bukan mahu cerita panjang lebar pasal bola" . Sebenarnya saya hanya bayangkan, alangkah bagus dan indahnya jika kita dapat melaung kegembiraan atas kemenangan umat Islam menegakkan kebenaran di negara Eropah setelah beratus tahun lamanya kegemilangan pemerintahan Islam lenyap dari bumi Eropah. Bayangkan kemenangan Sepanyol adalah seolah-olah kemenangan Islam menakluk semula negara itu. Agak-agaknya bila kita akan merasai kegemilangan itu ? Wahai orang-orang Melayu yang masih asyik dengan permainan dunia, hiburan dan sebagainya, anda tahu atau tidak bahawa Islam pernah menakluk 2/3 dunia ? Anda tahu atau tidak bahawa tokoh-tokoh ilmuwan ramai daripada kalangan cerdik pandai Islam ? Anda tahu atau tidak bahawa ramai tokoh Inggeris yang kalian banggakan itu telah mencuri ilmu daripada tokoh Islam kita ? Anda tahu Ibnu Rusyd , Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Batutta ? Bagaimana pula dengan Tariq Ibn Ziyad , Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh ? 

Atau anda lebih mempercayai ilmu sejarah, zaman batu, neolitik, paleolitik dan sebagainya ( banyak sudah lupa, sebab pada saya tidak penting mengingati perkara yang tak wujud ) yang sengaja diwujudkan oleh orang-orang Inggeris supaya mereka boleh memperbodohkan kita ? Padahal Nabi Adam, manusia pertama yang dicipta Allah, sudah pandai membina kaabah dan Masjid Al-Aqsa. Dan sejak beratus tahun dahulu manusia sudah pandai berdagang, melakukan sihir, mempunyai raja dan istana. Mereka juga pandai berkata-kata, berpakaian, bergaul bersama masyarakat dan membina tamadun. Ramai juga tokoh yang telah berkarya melalui tulisan, alat muzik dan alat rekacipta mereka.

Mungkin ada sesetengah daripada kalian yang berbisik,
" Penulis ini hanya tahu bertanya soalan bertubi-tubi, tapi tidak pula tahu menjawab kesemuanya..."
Harapnya tiada sengketa antara kita. Kepada non-muslim, jangan sakit hati atau kecewa dengan tulisan saya. Anda mesti sudah menemui terlalu banyak entri seperti ini. Pasti. Jadi, saya harap anda tidak jemu membaca dan mencari tahu apa jua sejarah yang nyata dan benar lagi sahih. Saya akan terus menulis walaupun saya sibuk dengan urusan pekerjaan lain. Pastikan ia bukan palsu seperti apa yang direka manusia pendusta yang kononnya tercipta daripada spesis beruk teori Encik Darwin. 


Jelas terserlah kegembiraan di wajah mereka. Bayangkan jika mereka ini bakal menjadi saudara Islam kita.


Perhatikan peta di bawah. Hampir keseluruhan bumi Espanol telah diperintah oleh Islam dari Arab dan Barbar ( penduduk Islam di Morocco ). Penduduk Sepanyol semasa dalam pemerintahan Islam, mereka hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Pada masa itu, Islam mengamalkan sikap toleransi dan tiada paksaan dalam beragama. Mereka bebas mengamalkan budaya mereka tetapi gerakan dakwah Islam ke arah mentauhidkan Allah tetap berterusan. Sehinggakan orang-orang Yahudi mengakui keagungan dan kehebatan pemerintahan Islam di Sepanyol ketika itu. 

Kerajaan Islam telah dimusnahkan oleh King Ferdinand of Aragon dan isterinya, Queen Isabella of Castille


Alhamdulillah saya berjaya meluangkan masa walaupun sebentar untuk menulis entri ini sebagai pembukaan kisah sejarah Islam di Sepanyol. Ini cuma entri untuk membuka mata, minda dan hati kita untuk menyedari hakikat yang berlaku di sekeliling kita. Tulisan ini belum ada penghujungnya. InsyaAllah jika ada kesempatan lagi, akan datang saya cuba berkongsi lebih banyak pengetahuan. Suka saya mengingatkan supaya anda juga berusaha mencari artikel atau membaca buku-buku sejarah dan tamadun Islam. 

Selamat berusaha! 
Umat Islam harus cemerlang,
hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh, 
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata.
Umat Islam sentiasa boleh.
Takbir! Allahu Akbar!!


:::: Nur Syafiqah ::::


Spain

Hye friends !
Assalamualaikum.

How about your sleep nowadays?
Do you follow to watch EURO 2012 and dont wanna miss it?
Well, I will not speak too much. I'm the fan of Spain National Football.
Here is the hero of Spain and member of Chelsea Football Club. Fernando Jose Torres or El Nino.


El Nino the Striker of Spain National Football

Here is the video of Lionel Messi , Argentinean. He's my brother's favourite football player.
The fact that I'm not really the fans of football. Because I have no time to watch football matches all the time. I just know a little bit about the player. And one more thing I like about Spain is, the history. Do you know about the history ? If you do, you're really concern about it.  
Please wait for my second entry about Spain. Thank you.
P/S : For all muslim , I know you're excited to watch EURO 2012 but dont forget to perform your prayer first, and my dad always says to me...
"   Do not see their aurah and go to sleep early   "     ^.^

Sincerely , Lidyatun Nisa'.

Love Give Gain




" LOVE TO LOVE  ,   LOVE TO GIVE  ,   LOVE TO GAIN "


Look.
Love to love everyone , you'll be loved .
Love to give anything for everyone , you'll get more .
Love to gain knowledge , you'll get experience .

***************************************************************************************************************************************

Firman Allah S.W.T , in Surah Al-Fussilat ; verse 46 :

" Whoever works righteousness benefits his own soul ; whoever works evil,
it is againts his own soul ; nor is thy Lord ever unjust ( in the least ) to His Servants. "






" YOUR LIFE , YOUR WAY "
MAKE IT GREAT AS YOU CAN!

It's not too late to be what you want to be...
...you reap what you sow.


- George Eliot -

Kan best kalau...

Cat impian Farish
Hari ni tak ada benda nak post... saje saje teringat anak jiran sebelah namanya Farish Haikal. Mase dia tengah tuisyen kat rumah saya, dia ternampak iklan kat TV. Iklan cat Nippon tu... Tiba-tiba Farish cakap,
 " Kan best kalau cat macam tu memang betul-betul ada...tak payah susah-susah kita nak cat. Biar dia yang cat sendiri...." Haha. Itulah dia. Apa yang budak-budak nampak tu sememangnya membuatkan mereka berfikir itu ini. Tapi, Farish ni kira budak bijak jugak la. So, dia tak terfikir benda yang merepek, apa yang dia cakap semuanya logik. Huhu.


Adik beradik Nippon Paint :)




Hijab

Alhamdulillah, they were made a great decision to change their own personalities. Previously without hijab and now they came up with hijab to cover their aurat. We shouldn't dispute on their hijab's style because they're still learning and Insha Allah soon they'll make more better improvement as required in Shariah Islamiyyah. 


 : عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ 

  . الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ 

(متفق عليه)

Daripada Abdullah bin Amru r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

 "Seorang muslim adalah orang yang menjadikan muslim lainnya merasa selamat dari lisan dan tangan     (perbuatannya). Sedangkan muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan 
segala yang dilarang Allah SWT. (Muttafaqun Alaih). 


Natasha Hudson
Yatt Hamzah
Abby Fana
Diana Amir
Raja Farah
Irma Hasmie

These women are actress , singer , TV personalities. I like to put their hijab pictures because people already knew how their reality life in popularity world and involved in the entertainment industry. Then, of course it's really hard for them to make people easily accept their changes. So come on, we should support them to maintain their appearance.

Beauty women out there that still doesn't cover your aurat, so please make your hijrah (^ ^)

Firman Allah SWT maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26 ) 

Firman Allah SWT maksudnya: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
 (Al Ahzab ayat 59) 

Also read Surah An-Nur, Ayat 31.  :)


Muslimah, you're really beautiful , May Allah always bless us.




~ Mukmin Yang Berjaya ~

:: Ambil pengajaran melalui Ayat 1 - 11 daripada Al-Quran, Surah Al-Mukminun ::




Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

A002
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

A003
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

A004
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

A005
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

A006
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: 
A007
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

A008
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

A009
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

A010
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

A011
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


*************
:: Sesungguhnya Ayat - Ayat Allah adalah petunjuk bagi orang-orang yang Beriman ::