Aku & Muzik

:: Assalamualaikum kepada semua pembaca ::

AKU masih bersyukur dapat menghirup udara segar di bumi tarbiyyah Allah Ta'ala. Dan AKU harap AKU & KORANG dapat memanfaatkan nikmat umur yang Allah beri pada kita. InsyaAllah.

Kali ini AKU nak meluahkan...Aku dan Muzik amat susah direnggangkan. Bagai belangkas yang tak mahu dilepas. Ya, seolah2 muzik itu semangat aku. Seriously. Sebelum ni aku pernah cuba delete all songs yang mungkin tak ada faedah , TAPI aku gagal mengawal telinga daripada melayan muzik2 tu semua! 
Aku pasti ada di antara korang / mereka yang di luar sana menghadapi situasi yang SAMA !



Hari demi hari... aku cuba, cuba, dan terus berhenti mencuba...haha
Macam mana ek? Seandainya jiwa anda sudah sebati dengan muzik?
Cuba bayangkan aku hidup sebagai seorang Muslimah tapi dalam masa yang sama? 
Aku layan . . .
Muse
One Republic
Jason Mraz
Backstreet Boys
Enrique Iglesias

DAN BANYAK LAGI LAGU BARAT . haaiih...
Belum masuk lagu-lagu Korea , Japan , Taiwan . . .

Super Junior :: U-Kiss :: Beast :: 2PM :: FT Island :: MBlaq :: Fahrenheit

__________________________________________________________________________________

Allah s.w.t berfirman : 
" Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mainan ( yang sia-sia ) dan hiburan yang melalaikan ."
 ( Surah Al-An'am : 32 )




a) Menggunakan alat-alat muzik yang dilarang oleh syarak, maka kedudukan muzik itu adalah haram.

b) Menggunakan alat-alat muzik yang diharuskan oleh syarak, maka kedudukannya adalah harus seperti memukul ghirbal (sejenis rebana) sewaktu perkahwinan.

c) Bermain alat muzik yang harus, namun telah dicampur dengan perkara-perkara yang haram seperti nyanyian-nyanyian oleh golongan wanita dalam keadaan mendedahkan aurat di hadapan golongan lelaki ajnabi atau bukan mahram dengan suara yang merdu, lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur cinta asmara, percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, disertai dengan arak, judi dan sebagainya. Para ulamak telah sepakat menghukumkan bermain alat muzik dalam keadaan seperti ini adalah haram.


Berkata al Imam al Sayyid ‘Alwi al Maliki al Husni: Ketahuilah bahawa alat-alat hiburan yang mempunyai tali seperti rabab, gitar dan qanun haram mendengarnya dan haram memainkannya mengikut pendapat yang masyhur dari mazhab yang empat dan wajib mengingkarinya (mendengar alat-alat tersebut) dan memberikan nasihat mengenainya. Adapun memukul rebana tidaklah mengapa dalam majlis pernikahan berdasarkan hadis Nabi Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana (al Duff) di atas pernikahan itu. Namun tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang-orang Islam.


Akhir coretan , renungkanlah Firman Allah s.w.t :

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡتَرِى لَهۡوَ ٱلۡحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ۬ مُّهِينٌ۬

Maksudnya :"Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan."

Paham ke tidak ?
Tak paham meh tanya. InsyaAllah sekadar yang saya tahu .
Wallahu A'lam :)



* NOTE *
Saya lebih suka rentak lagu daripada menghayati bait2 lirik yang melalaikan. Biasanya lepas dengar lagu, saya akan cari Instrumental nya ( coz I always make videos and I need these instruments for background music ).


Muhasabah Seketika - Al-Quran Teman Sepanjang Hayat

: : Bismillahirrahmanirrahim : :

" Buat Renungan Kita "

Al-Quran itu petunjuk umat Islam sepanjang zaman

Sudah baca ayat-ayat Allah ? 
Apabila kamu berpegang dengannya, tidak akan sesat selamanya . . .
Apabila kamu membacanya , perasaan kamu menjadi tenang
dan apabila mentafsir maknanya , hati kamu bertambah suci
kerana kamu tahu bahawa Kalam Allah itu adalah paling benar
tidak sia-sia kamu mengamalkan isi kandungannya.

Contohilah Nabi Muhammad yang berakhlak seperti Al-Quran
Dilakukan apa yang Allah perintah , Ditinggalkan apa yang Allah larang
bahkan mengajak manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

" Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Kitab (Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan (penyimpangan daripada kebenaran) di dalamnya. Sebagai bimbingan yang lurus untuk memperingatkan seksaan yang amat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik ."

( Surah Al-Kahfi : Ayat 1-2 )

Semoga kita sentiasa berpeluang meluangkan masa untuk membaca Al-Quran,
mentadabbur maknanya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

InsyaAllah : : Umat Islam Pasti Boleh :)

 : : Wallahu A'lam : :



Pesan Untuk Nabilah

: : Bismillahirrahmanirrahim . . . Coretan istimewa untuk sahabatku : :


M A R I A M      N A B I L A H      B I N T I      S U L A I M A N




Aku tahu siapa dirimu
Aku tahu sikapmu
Aku tahu kisah hidupmu

TAPI TAK SEMUA

Kerana aku tak tahu perasaanmu 
dan apa yang bermain di fikiranmu

HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI & MEMAHAMI SETIAP HAMBA-NYA

************************************************************
Izinkan pika berkongsi cerita yang banyak memberikan kesedaran dalam hidup pika.

Catatan sejarah silam pika tak lah sempurna tapi sekurang-kurangnya ia membentuk kesempurnaan sedikit demi sedikit dalam kehidupan pika sekarang. Ya, pika tak nafikan hati lembut seorang wanita memang mudah bersimpati , lebih-lebih lagi nama pika ( Syafiqah ) bermaksud  penyayang. 

Pika pernah difitnah hanya kerana simpati yang pika lakukan. Hakikatnya , simpati pika bukan pada tempatnya ! Kasihan pika bukan pada yang sepatutnya ! Sedih sangat , Mariam . Padahal kita tak ada niat yang buruk, tapi manusia . . . mudah salah sangka.

Pika pernah ber 'angkat'  tapi Alhamdulillah pika belum pernah ber 'kepit'.  Saudara 'angkat' pika pun telah di'clash'kan pika sendiri.  Series. Susah sangat nak bagi orang faham apa yang kita faham. Kadang-kadang manusia ni tahu ianya salah . . . tapi tak mahu mengaku salah. Egois. Hakikatnya mungkin mereka tak dapat terima kenyataan atau mereka masih belum puas untuk bergembira atau mereka masih belum tahu. 

Niat pika untuk mengubah pendirian telah menimbulkan perbalahan. Orang kata kita buang tabiat. Masa tu pika kecewa sangat-sangat. Bukan sebab diri dibenci tapi sebab dia tak memahami. Tak faham hukum Tuhan. Syukur Allah masih sayang kita. Dia akan memberikan pertolongan kepada hamba-hambaNya. 

Baik niat kita, mudahlah urusannya. InsyaAllah semuanya akan terpelihara.
Kesimpulannya, pika tak dapat nak cerita secara detail dalam blog ni. Rasanya tak perlu. Pika sekadar ingin berkongsi masalah yang pika pernah hadapi dan mungkin apa yang Mariam sedang lalui.

* Gambatte yo, Mari - chan *

" Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa , apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan daripada syaitan, mereka ingat ( kepada ajaran Allah ) maka dengan itu mereka nampak ( jalan yang benar )." 
( Surah al-A'raf : Ayat ke 201 )

Mudah-mudahan kita boleh melawan nafsu dan bisikan daripada syaitan. Mariam, ingatlah Dia. Lalu hatimu akan menjadi tenang. Serulah Dia. Lalu perasaanmu akan menjadi senang. Setiap masalah kita, penyelesaiannya semua di tangan Allah. Maka mohonlah pertolongan serta petunjuk dari-Nya.


: :   UHIBBUKI FILLAH ABADAN ABADA   : :






Kehilangan Paling Besar !

:: Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum ::


Lama rasanya tak update blog ni. Setelah macam2 berlaku, antaranya Birthday ke 19, Maal Hijrah, Family Day, tak sempat nak masuk dalam blog. Mungkin lain kali. Maaflah sebab banyak perkara yang lebih penting untuk di'settle'kan. InsyaAllah kali ni , saya nak tulis-tulis tentang ' kehilangan yang terbesar '. 
Yang paling besar, yang manusia sangat perlukan. Tanpanya manusia hilang pedoman.
 Iaitu . . . nikmat yang Allah telah berikan kepada setiap hamba-Nya. Apa dia ?

NIKMAT IMAN & ISLAM

Tahu maksud Iman?
Percaya dan yakin. Berikrar dengan lidah , membenarkan dengan hati dan membuktikannya dengan beramal.
Ya, kita ada Rukun Islam sebagai panduan ibadah yang wajib yang asas dilaksanakan oleh umat Islam. Jika nak disenaraikan apa yang dituntut dalam Islam dan wajib diikuti oleh penganutnya, memang banyak. 

Klik sini nanti ye. 
Ini yang agak ringkas dan padat lah. 
Habiskan baca yang ni dulu. 

Rukun Iman pula menggariskan kepercayaan umat Islam terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah. 

Percaya kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah.
Percaya kepada para malaikat.
Percaya kepada Kitab-kitab.
Percaya kepada Rasul-rasulNya. 
Percaya kepada hari akhirat ( Kiamat )
Percaya kepada Qada' (Ketentuan) dan Qadar (Takdir)

HILANGNYA IMAN ADALAH SATU KEMUSNAHAN YANG BESAR


Alamak. Saya tak pandai lah nak berbahasa budaya bangsa ni. Tapi saya tetap nak pesan.
" Jangan jaga tepi kain orang ". Ha, faham tak? Maksudnya jaga , jangan selak !
Saya tak suka nak selak kain ( cari kesalahan ) orang. Tapi saya jaga ! Kalau 'terselak', saya nak tolong tutupkan. Menegur dalam hati tu selemah-lemah iman, kalau dengan tulisan? Hehe. (Ignore)

Sahabat-sahabat yang disayangi sekalian . . .

Tidak perlu resah andai kamu punya masalah
Tidak perlu gusar andai kamu hilang kuasa
Tidak perlu marah andai kamu dibenci
Tidak perlu merana andai kekasihmu lari
Tidak perlu risau andai kamu muflis
Tidak perlu sedih andai kamu bersendiri.
( Jangan sekali-kali kalian membenci Islam sehingga membuat keputusan untuk murtad )
 ' Naudzubillahi min tzalik '.

Kerana Allah ada setiap masa dan sentiasa bersama denganmu.
Dan Allah ingin menguji tahap keimanan hamba-hambaNya.

" Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya..." (AlBaqarah : 286)
" Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka Allah pasti akan memberinya kecukupan." (AlTalaq : 3)

TETAPI

Takutlah andai hati mu mati
Takutlah andai nikmat untukmu pergi.

" Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka datangnya daripada Allah dan apabila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada Allah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian daripada kamu mempersekutukanNya dengan yang lain. Biarlah mereka mengingkari nikmat yang Kami berikan kepada mereka, bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya). "

( Surah Al-Nahl : Ayat 53 - 55 )

Wallahu A'lam.
Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat mengubat luka @ masalah kalian.
Peringatan ini adalah untuk hamba-hamba Allah yang diksihi-Nya.

SMS Seorang Teman

1 2 : 3 3 a m
. . . Raudhah , pika x dapat tido lagi ni . . . maaf la menggangu .
mesti Raudhah dah tido , kan ? pika tengah menung ni .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
kenapa dengan pika . . ? e m m

Syafiqah & Raudhah

1 2 : 4 3 a m

Kau janganlah macam ni. 
Kita perempuan kena kuat . . .kita berdoa ye . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 
ingat Allah, ingat parents. they raised you up ,
 so you've be thankful to Allah
for making your life meaningful . . .

1 2 : 4 5 a m

Allahlah yang memegang hati itu. 
Andai hati itu terluka , ingatkan ia tentang Penyembuhnya agar Dia titipkan penawar bisa.
Andai hati itu kecewa , ingatkan ia tentang Pelindungnya agar Dia usirkan segala duka.
Andai hati itu terpalit dosa , ingatkan ia tentang Pengampunnya agar Dia bersihkan noda.

1 2 : 4 8 a m

' bisikku pada ALLAH yang SATU . . .
: :  ada doa yang dikirimkan : :

 : :   s y u k r a n     ya     raudhah   : :

Sepi Tanpa Dia

A k u    d a n   s e p i k u    
h a n y u t   b e r s a m a   m e n u n g k u
h i l a n g   s e l u r u h   r a s a k u
h a p u s   s e t i a p   d u k a k u

N a m u n   a k u  t a k   t a h u
a p a   y a n g    b e r l a k u
h a n y a   A L L A H   y a n g   M a h a M e n g e t a h u i


". . . dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu
dan boleh jadi kamu menyukai kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui (semua itu) 
sedang kamu tidak mengetahuinya. . ." 
( S u r a h   A l B a q a r a h : 2 1 6 )