Love to Pursue : Allah Knows Better

Ramai sahabat bertanya kepada saya, 
" Tak susah ke nak sambung pengajian dalam bidang Aqidah ? Ramai senior kata, ini subjek killer tau."

" InsyaAllah , dengan cinta, semangat dan minat yang mendalam kita akan mampu. Kemahiran menguasai sesuatu bidang itu bukan diukur dari segi susah atau senangnya sesuatu bidang itu. Tetapi diukur dari segi kemampuan dan minat seseorang itu untuk benar-benar ingin menguasai bidang itu. Kalau tidak, tiada sesiapa yang akan berani menceburi bidang yang mencabar dan pencapaian manusia akan terhad setakat perkara yang mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang."



****************

A: I want to be a doctor, but people said that studying medicine is very tough. Should I go for it?

B: They're right. Studying medicine is very tough. But it's all about whether you want to choose a path you love or a path you think is easy. The path you love isn't always easy. If you love it, you'll pursue it.

( AIMAN AZLAN , Malaysian Student in Canada )

*****************

Alhamdulillah, tidak lama lagi keputusan kemasukan degree untuk peringkat asasi akan keluar. Tidak sabar rasanya melihat keputusan sama ada ditempatkan dalam Pengajian Aqidah dan Pemikiran Islam atau Pengajian Dakwah dan Pembangunan Insan atau Sejarah dan Tamadun Islam. Ya, saya memang cintakan ilmu Islam, jikalau saya mampu, saya memang teringin menjadi seorang ilmuwan yang tinggi nilai pemikiran dan pekertinya. Tetapi apakan daya saya hanya manusia biasa. Menuntut ilmu seperti yang diwajibkan dan berusaha setakat yang terdaya. Alhamdulillah saya berjaya skor dalam subjek kegemaran iaitu Aqidah dan Tasawwur Islam. 

Teringat kembali suatu ketika dahulu. Pada saat Malaysia digemparkan berita tentang ramai Melayu-Islam telah murtad, di antaranya Aishah dan Azlina (Lina Joy). Timbul perasaan sakit hati dan marah dengan tindakan mereka yang begitu mudah membuat keputusan untuk memilih agama selain Islam padahal secara fitrahnya mereka dilahirkan dalam keluarga Islam. Pada saat itu juga, fikiran saya sebagai seorang kanak-kanak yang masih cetek ilmu merasakan bahawa saya perlu mengambil tahu punca berlaku perkara seperti itu. 

Sedang kawan-kawan lain sibuk ber'sms' , membaca majalah hiburan, saya pula baca akhbar dan mastika yang hangat mengeluarkan isu murtad. Antara puncanya adalah, pujuk rayu teman lelaki yang bukan Muslim dan terkena perangkap 'holy water'.

Semenjak itu, saya mula membaca artikel tentang soal aqidah , agenda kedatangan pope ke Malaysia, kepercayaan penganut agama Kristian dan sebagainya. Mungkin kebanyakan orang di luar sana takut untuk mengambil tahu perkara ini. Seperti ayah saya sendiri merisaukan anaknya akan terpengaruh dengan agama lain. Tetapi, saya tidak rasa kita perlu takut. Semakin kita memahaminya, semakin kuat aqidah kita terhadap Islam dan semakin berani untuk menentang kepercayaan mereka yang mengarut itu. 

Semakin hari, saya mencintai ilmu aqidah dan terlalu ingin mendalaminya. Alhamdulillah saya telah ditempatkan di  Pusat Asasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya selama dua tahun. Sekarang, masih mengharapkan supaya Allah yang Maha Pengasih memberi peluang kepada saya untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin pengkhususan Aqidah. Ya, semangat saya berkobar-kobar untuk menyelamatkan aqidah saudara-saudari Muslim saya. Apatah lagi, budaya Barat semakin menguasai budaya kita terutamanya Islam. 


I hope that I can pursue my dream ! Allah knows better   :))
Sincerely,
Nur Syafiqah   a.k.a    Lidyatun Nisa'

2 comments:

sis izzah said...

moga2 impian pieqa tercapai..n yg pnting..ALLAH knows better..

sentiasalah kita berdoa agar kita dapat yg terbaik buat kita

Nur Syafiqah said...

Thanks Nabilah.
For sure He is.
Alhamdulillah, got it.
Terima kasih atas nasihat dan doa :))